Tuesday, May 30, 2006

Tiada Jawapan

Apa aku nak jawab bila Pak Su aku tanya…”bila dia nak baik”, “bila dia boleh keluar hospital” dan soalan-soalan yang sewaktu dengannya. Aku biasa cakap…tunggu lah kejap, tak lama lagi dan sabarlah. Tapi kalau setiap kali pertanyaan diajukan, hanya itu jawapan yang aku berikan..apa rasa-rasanya yang pak su anggap? Aku sendiri dah tak dapat nak berikan jawapan yang tepat sebab doktor sendiri tiada jawapan untuk soalan pak su. Akhirnya aku hanya boleh diam membisu…

Hari isnin lepas aku ambil separuh hari. Pagi-pagi aku pegi hantar anak pak su yang sulung, Ikmal pegi Kem Remaja Belia 2006 kat Banting, Klang. 4 hari 3 malam dia akan berada kat sana. Kursus tu hanya untuk anak-anak staff TNB tajaan Yayasan TNB.


Tengah minum pagi

Horey…kursus dah bermula

No comments: