Wednesday, December 28, 2005

Cuti Krismas 2005

Teringat aku pada cuti krismas tahun 2004. Masa tu aku eksiden kete. Bawak kete adi. Tapi kali nie cuti krismas aku balik JB. Konvoi 3 kereta. Aku naik storm bawak paksu & mak su, pak uda naik wira bawak family dia & Cik Su (adik mak su aku) naik satria bawak anak2 pak su aku.

Kami bertolak lebih kurang pukul 2 petang dari Klang. Cadang nak bertolak pagi. Tapi sebabkan aku sabtu 24-12-2005 tu aku ada pendaftaran sebagai pelajar baru kat UiTM Shah Alam. Kenalah bertolak petang.

Pagi tu dalam pukul 9.30 pagi, aku ngan komeng pegi daftar kat Dewan Sri Budiman UiTM Shah Alam. Sejam jer daftar…lepas tu merayap…Makan aku telah bergelar seorang Pelajar ITM kembali….hehehe…oh ya, aku amik Sijil IT (Networking & Data Communication)

Kitorang balik JB ramai2 bukan apa. Nak bawa Pak Su aku berubat ngan abang aku. Nak betulkan sikit tulang belakang dia yang asyik sakit jer tu. Selebihnya pakcik aku jalan2 ler. Tapi tak jalan kemana pun…gi umah Along, restoren abang aku, umah Zemah, sepupu aku yang lama tak balik kampung & lepak Danga Bay….hehehe..

Kitorang balik semula Klang hari Isnin 26-12-2005. Singgah 2 tempat, satu, singgah Ayer Hitam cari pasu, dua, singgah umah mak su aku punya abang kat Nilai.

Jem? Huh…biasalah, start dari exit pedas/linggi sampailah exit seremban. Aku sampai umah Shah Alam dalam pukul 11.30 malam. Penat…..

Berkelah di R&R Seremban
Ha…gosip…gossip
Restoren Norezam

Danga Bay

Apa Nie? Jem? Aaarrghhh

Saturday, December 10, 2005

Kemana Arah

Lama sungguh aku tak update blog aku nie. Macam-macam berlaku tapi tak sempat nak tulis. Antaranya termasuk lah...masih menciwi hp baru aku...amik gambar tak tentu hala. Maklumlah tak penah guna hp ada camera. Hehehe.

Minggu lepas aku balik Melaka bawak Pak Su & family. Naik storm. huh sendat. Mana tak nya. Pak Su, Mak Su & anak dia 5 orang. Nasib baik kecik2 lagi. Tu pun sesak. Barang2 tak kisah sebab letak jer kat belakang storm. Macam-macam boleh bawak. Umah pun boleh. Balik melaka saja2 jer sebab pak su aku kan sakit cancer hati & tulang belakang. Dia tak leh nak drive jauh2. So akulah anak buah kesayangan dia yang drive. Lagipun raya puasa ari tu dia balik perak umah mak su. Adik ipar dia si su & nanang drive kan. Balik 2 kete. Mak long aku plak 2 minggu lepas kerasukan. So dapatlah melawat sekali.

Aktiviti aku kat melaka? heheh..biasalah..tido...bangkit makan...lepak depan tv. Masa balik ari tu singgah gak umah mak siah, mak sedara sepupu aku. Anak sulung dia kawin. Hari ahad lak umah Atuk Abas, atuk sedara aku. Pak Hashim kawin sekali lagi. Lepas lebih kurang 8 bulan bini dia meninggal. Balik shah alam hari ahad. Sampai malam. Hari isnin aku tak larat...penat sangat...cuti ler....hehehe...

Minggu nie aku tak kemana kot. Cuma esok nak amik Firah anak Pak Aim kat UPSI bawak balik putrajaya. Minggu nie lak sure heboh kat stadium shah alam. Sure SESAK punyalah. Baik lepak umah lagi bagus.

Lupa lak, semalam aku pegi cyberjaya troubleshoot server kat sana. Masa kat sana aku duk ushyar2 building Walter Kulters hehehe...selalu kena tegur masa dulu2 salah sebut...Walter Kluwers ler...eh..betul ker? Nak gak singgah kat Food Court Cyberjaya...mana tau terserempak ngan kawan-kawan ker...hehehe

Ok lah...balik dulu...dah pagi buta dah nie...chow.

Berehat Sebentar Di KFC Jejantas Ayer Keroh
Sepupu Aku Kila
Ni Baru Separuh Dari Budak2 Kecik Kat Kampung
Anak Buah Sepupu...Intan