Wednesday, March 31, 2010

My Best Friend Wedding


Yusnil Hadi Yahaya (Adi) dan Noor Haslina Ismail (Leena) telah selamat disatukan pada 13 Mac 2010. Majlis perkahwinan pihak perempuan di Puchong pada esok harinya dan pihak lelaki di Taiping pada minggu hadapannya iaitu 20 Mac 2010.

Selamat Pengantin Baru, semoga berkekalan hingga akhir hayat.

Monday, March 08, 2010

Mak Naik LRT


Nie gambar mak naik Putra LRT dari KLCC ke Pasar Seni 13 December 2009. Along & family bawak mak jalan2 ke KLCC sempena cuti sekolah tahun lepas. Selepas diorang semua keluar dari Petrosains, giliran aku plak bawak semua pegi makan kat medan makan KLCC dan merasa naik LRT yang tiada pemandu.


Mak kata "Bising LRT ni.....tak macam kat Singapore". Hehehe.

Friday, March 05, 2010

Nasi Kari Ayam


Nasi Kari Ayam ini amat popular masa aku & Adi muda2 dulu. Masih lagi bertahan sehingga kini. Lokasinya dihadapan pintu masuk masjid seksyen 27 shah alam. Waktu perniagaan setiap hari jumaat dari pukul 11.30 pagi hingga 3 petang. Isi kandungannya nasi putih, ayam masak kari, acar dan ikan masin.

Tuesday, March 02, 2010

Dara Idaman


Ini dia anak buah terbongsu aku, nama dia Siti Nur ...... Hehehe. Anak abg aku yang bongsu. Total anak buah sekarang ada 7 orang.