Tuesday, May 30, 2006

Tiada Jawapan

Apa aku nak jawab bila Pak Su aku tanya…”bila dia nak baik”, “bila dia boleh keluar hospital” dan soalan-soalan yang sewaktu dengannya. Aku biasa cakap…tunggu lah kejap, tak lama lagi dan sabarlah. Tapi kalau setiap kali pertanyaan diajukan, hanya itu jawapan yang aku berikan..apa rasa-rasanya yang pak su anggap? Aku sendiri dah tak dapat nak berikan jawapan yang tepat sebab doktor sendiri tiada jawapan untuk soalan pak su. Akhirnya aku hanya boleh diam membisu…

Hari isnin lepas aku ambil separuh hari. Pagi-pagi aku pegi hantar anak pak su yang sulung, Ikmal pegi Kem Remaja Belia 2006 kat Banting, Klang. 4 hari 3 malam dia akan berada kat sana. Kursus tu hanya untuk anak-anak staff TNB tajaan Yayasan TNB.


Tengah minum pagi

Horey…kursus dah bermula

Tuesday, May 23, 2006

Uptown Shah Alam

Fuuuhhh lega aku dah berjaya siapkan sebutharga & tender. Semalam dah hantar sebutharga UPSI, hari nie pulak Tender PDRM. Boleh rileks sikit.

Sabtu malam ahad baru nie, aku pegi UPTOWN baru. Nama dia UPTOWN Seksyen 24 Shah Alam. Lepas aku hantar mak su aku balik klang, aku terus bergegas kesana. Dah lama dah aku nampak banner uptown shah alam. Cuma belum berkesempatan nak pegi jer.

Pergh, happening giler kat sana. Ramai sangat sampai parking pun tak cukup. Masa aku sampai, ada live band tengah main, so ramai lah mat2 moto melepak. Rimas lak aku.

Pusing punya pusing, aku berenti kat satu kedai….hehehe….kedai minyak wangi. Dah lama dah aku cari minyak wangi ni, tak jumpa2. Akhirnya pencarian aku berakhir disini. Nak beli yang original, tak mampu. Jadi cukup ler yang campuran ni. Nak tau minyak wangi apa? Hehehe, Davidoff Cool Water.

Friday, May 19, 2006

Mak Sue

Pejam celik, pejam celik, dah sebulan setengah pak su terlantar kat SJMC. Malam semalam dia ada tanya aku, bila dia boleh berjalan. Aku tergamam sekejap. Aku pun cakap, tunggulah fisioteraphy habis dulu. Bila kaki dah kuat. Barulah kita training bangun dengan berjalan pulak. Lepas tu aku cepat2 tukar topic.

Minggu lepas.

Pak Su : Adik kawin jer lah dengan usu tu.
Aku : Gulppp…huh…
Pak Su : Senang….budak2 pun dah biasa dengan korang.
Aku : Takpa lah busu…biarlah usu tu. Pandailah dia carik sendiri. Dia dah besar.

Sejak pak su aku cakap camtu. Orang2 lain pun start bercakap camtu gak. Jawapan aku sama jer. Hehehe…

Usu tu sebenarnya ialah adik ipar pak su aku yang paling kecik sekali. Aku start kenal dia masa mula2 aku datang shah alam dulu. Masa aku semester 1 kat ITM Shah Alam, aku tinggal dengan pakcik aku. Si usu ni plak dulu rajin balik umah pak su aku bila masa cuti sem (dia matrix UIA). Bila masuk semester 2 aku pindah umah, tinggal ngan member2 aku. So kitorang jarang jumpa. Sekali sekala jer bila aku datang umah pak su. Aku dah anggap dia macam adik aku. Tapi aku panggil dia Mak Sue gak, sebab dia bongsu dalam family dia. Lagipun kalau diikutkan pangkat dalam keluarga, memang aku kena panggil dia makcik.

Si usu nie plak dulu penah dikecewakan lelaki. Lepas dia tunang, barulah dia tahu mamat tu duda anak 2. Kekeke….kelakor giler bila mak su aku citer pasal dia. Sejak tu dia susah sikit nak percaya ngan lelaki nie. Semua lelaki yang nak kat dia, dia tolak bulat2. Aku plak memang kecewa dengan pompuan. So….padan muka kitorang. Hehehe.

Apa2 pun…aku takmo pikir dah pasal kahwin. Sampai jodoh, kahwin. Tak sampai jodoh, aku cari jer anak angkat untuk aku bela…tak pun aku jaga jer lah anak2 pak su aku yang 5 orang nie.

Aku & Mak Sue di Medan Ikan Bakar Umbai Pernu, Melaka