Tuesday, June 29, 2010

Gastritis


Hari Khamis 24 Jun aku telah memasukkan diri sendiri ke KPJ Shah Alam untuk menjalani pemeriksaan Gastrik yang aku hidapi sejak kecil.

Endoscopy upper dan lower telah dijalankan pada hari Jumaat pagi oleh Pakar Gastroenterology KPJ Shah Alam, Dr. Zainal Ariffin.

Menurut kata Dr. Zainal, mekanikal perut aku adalah normal tetapi fungsi perut aku terlalu lebih bekerja menyebabkan rasa sakit yang selalu aku alami. Untuk usus pun normal dan dinasihatkan untuk tidak meneran apabila membuang air besar untuk mengelakkan pendarahan. Manakala batu dalam hempedu yang dikesan sewaktu aku membuat ultrasound isnin sebelumnya adalah tidak kritikal dan tidak memerlukan pembedahan. Alhamdulillah.

Tidak ada rawatan yang boleh Dr Zainal cadangkan untuk gastrik aku ni kecuali untuk makan ubat yang diberi untuk mengelakkan serangan.

Check-out - Jumaat (sebab dah takda apa2 yang Dr. boleh bikin)

Kena Diet...Makan Bubur Jer


Kalau berani try minum ubat nie

Monday, June 14, 2010

Selera Senibong ver 2


Setahun yang lepas aku menyambut Hari Lahir di Selera Senibong Johor Bahru, dan tahun ini perkara yang sama berlaku. Apa salahnya membawa ahli keluarga aku berkumpul setahun sekali sempena hari lahir aku.

Walaupun tiada tradisi menyambut hari lahir dalam keluarga aku dan mak pun dah lupa bila dia lahirkan aku...hehe....namun sambutan hari lahir aku akan jadikan hari dimana semua ahli keluarga berkumpul.

Tahun lepas, anak abang aku yang sulung (akil) yang tak dapat dikawal dan berlari kesana kesini sewaktu makan, kali ni giliran yang kedua plak (alip). Tahun depan mesti si Nur.....

Seronok betul kali nie aku balik JB, rasa macam takmo balik Shah Alam lagi, nak settle down kat sini dan buat bisnes jual karipap. Macam best jer. Huhu...


Abang, Nur, Alip dan Kak Ipar


Akil dapat pestol

Abang Ipar


Terima Kasih Pak Chu



Sunday, June 06, 2010

Dara Rebutan

Dalam lawatan aku ke rumah abang aku di Kota Masai masa cuti wesak ari tu, terjah menziarah anak2 abang aku sebab diorang tak tido kat umah mak bila time cuti. Anak2 along jer yang tido sana. Kalau diorang tido sama, makin pening mak aku nanti.

Akil dah besar


Alip penakut


Siapa nie? Pak Su ker?


Betullah Pak Su

Kenapa semua orang dukung saya nie

Bestlah jadi tumpuan

Cuti Wesak


Cuti Hari Wesak yang lepas aku balik JB. Tak tau nape kali nie aku rasa nak sangat balik JB. Mungkin rindu pada family aku yang teramat terutama pada anak2 buah. Diorang semua sihat, alhamdulillah. Lega aku.

Masa kat JB sempat gak aku ajak family aku pegi jalan2 kejap. Antaranya pegi Pasar Tani Mega kat Larkin yang baru buka sebulan. Saja jalan2 tengok2 apa yang ada. Kitorang beli buah mangga sebab kat situ tengah promosi mangga, beli murtabak, otak-otak johor, keropok lekor dan sata (ingatkan kat terengganu jer ada). Tapi terpaksa balik awal sebab hujan dah turun.


Air Durian Belanda Taknak Ais

Saturday, June 05, 2010

Mee Udang Mak Jah

Masa pergi wedding Adi kat Taiping, sempat jugak kitorang pegi makan kat Gerai Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang.

Sebelum nie aku pegi gerai Pak Salleh. Kali nie rasa kat Mak Jah plak. Memang gempak. Special kat sini ialah Udang Sambal.

Hmmmm.....Sedapnya


Mee Udang Special


Betul2 Ho Liau

'POTLUCK' Sg. Merbau Inn


Majlis penutupan Sg. Merbau Inn telah berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang hadir menghangatkan dan memeriahkan suasana malam.

Terima kasih atas hidangan juadah yang dibawa bersama dan juga sisha yang di sponsor oleh tokey sisha.

Wak, dah siap belum ayamnya.


Bakar Ayang


Sardin buatan adi & leena


Spegeti Goreng


Tits & Bits


Aik, lapar nampak


Antara yang hadir (abang polis kat sebelah aku)


Layan Sisha


Kelas apa plak nie?