Sunday, November 21, 2010

Korban & Aqiqah

Hari Jumaat 19/11/2010, mak mengorbankan seekor lembu jantan untuk arwah abah, sepupu aku pulak mengorbankan 2 ekor kambing untuk aqiqah anak dia.

Kenduri sempena korban, aqiqah, cukur jambul dan juga bersunat anak sedara sepupu aku telah dilaksanakan sekali keesokan harinya.

Aku yang balik melaka pada malam khamis tak henti2 menolong menyediakan apa-apa yang patut untuk melancarkan lagi majlis. Bermula dari menyembelih lembu & kambing pada pagi jumaat, kemudian melapah dan membungkus petang jumaat sehingga memasak jumaat malam dan pagi sabtu. Walaupun penatnya yang amat, tapi banyak benda yang aku dapat belajar kali ini.

Pengorbanan...

Kak Nam sedang mencuci cawan

Acara Menyental Periuk

Wednesday, November 17, 2010

Aidiladha di Warisan Ibu

Hari Raya Haji aku tak balik mana-mana sebab hari raya jatuh pada hari rabu. Hari jumaat tu pulak mak buat korban seekor lembu kat melaka. Jadi aku beraya di Kota Kemuning jer.

Malam raya lepak Warisan Ibu macan pecal ayam sama si Murad. Hehehe.

Selepas tak sembayang raya aku pegi lepak umah pak uda aku di Johan Setia. Dapat gak lah makan nasi himpit di pagi raya.

Nasi Pecal Ayam - Dah Licin


Murad tengah fikir nak balik kampung naik apa

Monday, November 01, 2010

Aku & Dia

AKU & DIA