Thursday, December 11, 2008

Bubur Nasi Berlauk

Bubur nasi ni adalah juadah malam aku selama 3 hari berturut-turut sewaktu aku menjaga Abah di Hospital dulu.

Gerai asal bubur nasi nie terletak berdekatan dengan Kompleks Sentosa. Semasa aku buat kerja sambilan selepas SPM dulu, rajin gak singgah makan bubur nie sambil main mata ngan anak dara dia. Hehehe.

Sekarang pakcik tu dah buka banyak cawangan, salah satu cawangan dia adalah di Pasar Borong Pandan dan anak dara dia pun dah berumahtangga.

Di Pasar Borong Pandan lah aku makan bubur nasi berlauk nie sambil berfikir dan tenangkan fikiran.

Wednesday, December 10, 2008

Hari Raya tanpa Abah

Hari Raya Haji kali nie family aku semua beraya di JB, tak pergi mana2. Kebiasaannya aku bawak mak & abah balik Melaka, along balik Batu Bahat dan Icham balik Terengganu, tapi kali nie semua berkumpul di JB.

Lain rasanya beraya tanpa abah, semua orang ada raya bersama tapi kurang seorang. Baju raya aku kali nie bukan baju raya yang biasa aku pakai. Aku pakai baju raya Abah untuk menghilangkan kerinduan aku pada Abah.

Mak pula aku tengok biasa jer, tapi dalam hati tak taulah camner mak rasa. Sementara nie cucu mak yang 4 orang (anak2 along) tinggal bersama mak sebab cuti sekolah. Tahun depan tak tau lagi camner, takkan nak biarkan mak tinggal sorang2. Aku dah cadangkan kat along untuk tukarkan sekolah Aboy (anak along yang sulung) dan duduk temankan mak. Tapi along tak buat keputusan lagi.

Walaupun along & icham duduk jauh dari mak, tapi selalu jenguk mak kat rumah. Nasib baik along keje kat Maybank Taman Molek, memang hari2 singgah umah.

Dalam hati memang nak mak duduk ngan aku jer kat sini, dulu memang ada ajak mak & abah tapi mak taknak. Maklumlah, rumah tu banyak kenangan.

Alip jadi rappers...

Bukan besday Atil lah...besday ayah

Tuesday, November 18, 2008

Berakhirnya Satu Perjalanan


Ayahanda kesayanganku telah meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya pada hari Sabtu, 15 November 2008 bersamaan 17 Zulkaedah 1429, jam 8.20am. Alfatihah.

Cause of Death : SEPTIC SHOCK SECONDARY TO RIGHT DIABETIC FOOT ULCER

Saturday, November 15, 2008

Kusut

Aku dapat berita abah dah tak boleh bangun dan hanya terbaring di atas katil semasa aku buat tender UTeM di Melaka minggu lepas. Abah memang ada kencing manis dari dulu tapi kali nie dah teruk. 2 jari kaki dah hitam dan tapak kaki dah bernanah hingga berbau. 5 hari lepas tu aku dapat panggilan dari abang ipar aku mengatakan abah dah teruk sangat dan abah taknak pegi hospital. Tapi setelah aku pujuk abah melalui telefon barulah abah bersetuju dan hari ahad lepas, Icham dan abang ipar aku bersama2 emak menghantar abah ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan dimasukkan ke wad kencing manis. Nasib baik abah ada kad bekas prajurit dan abah dipindahkan ke wad kelas dua sebab abah dikelaskan sebagai pesara kerajaan.

Kemudian aku dapat pula panggilan telefon sewaktu aku sedang menyediakan tender maintenance MOE, mengatakan Dr nak membuat pembedahan memotong kaki paras atas buku lali abah untuk mengelakkan jangkitan kuman terus merebak. Panik aku dibuatnya. Aku cuba memberitahu abang ipar aku supaya menangguhkan dulu tapi abah dah pun memberi persetujuan. Tapi pembedahan tu dapat ditangguhkan sebab keadaan abah yang tak kuat untuk melalui proses pembedahan.

Hari selasa petang aku membuat keputusan balik JB setelah menyelesaikan kerja2 yang patut sebelum bercuti panjang. Walau berbekalkan kerusi lipat yang diletakkan antara pemandu bas dan tangga (beli last minit dan kaunter tiket tu terjual lebih) aku selamat sampai di JB dan terus ke hospital.

Sehingga hari ini dah 4 orang Dr datang berjumpa aku untuk meminta kebenaran dan persetujuan menjalankan pembedahan secepat mungkin tapi aku tidak membenarkannya.

Menurut kata dr, jantung abah normal tapi lemah (40%) disebabkan faktor usia dan kadar tekanan darah tidak menentu. Untuk menstabilkan tekanan darah, abah diberi ubat DOPA yang ditingkatkan sehingga 13.5ml/h semalam. Abah juga diberi suntikan Antibiotik setiap hari untuk melambatkan kadar jangkitan kuman yang telah sedia ada (25%) dalam darah. Suntikan Potasium juga diberi berdasarkan ujian darah yang menunjukkan kadar potasium dalam darah abah adalah dibawah paras normal.

Setelah beberapa siri perbincangan dengan dr berdasarkan keadaan semasa abah, sekiranya abah menjalankan pembedahan, akan berlaku beberapa komplikasi pembedahan termasuklah masalah jantung, buah pinggang, pendarahan yang banyak dan yang paling aku tak sanggup nak dengar ialah kehilangan abah. Dr tak dapat memberi jaminan atas kelancaran pembedahan tersebut. Sekiranya abah tidak membuat pembedahan secepat mungkin pula, jangkitan kuman akan cepat merebak dan ditakuti menjangkiti jantung.

Atas dasar itu aku terus memberi keputusan pagi tadi kepada Dr untuk membatalkan niat menjalankan pembedahan dan melanjutkan proses menstabilkan abah dibawah pangawasan dr di hospital. Walaupun riak wajah Dr kelihatan hampa dengan keputusan aku dan terus mendesak, aku tetap dengan keputusan aku.

Hanya satu alasan aku berikan kepada Dr, sekiranya ditakdirkan aku kehilangan abah, biarlah aku masih ada masa bersama abah walau untuk seminggu daripada aku kehilangan abah sekarang dan tak dapat bersama abah di saat2 akhir.


KUSUT........

Wednesday, November 05, 2008

Kari Kepala Ikan & Big Apple Donut

Alhamdulillah, sudah selesai menghantar tender UTeM. Sesi MOF e-bidding pun dah selesai walaupun ITer mendapat tempat kedua, aku tetap berpuashati.

Makan tengahari bos ajak ke Haji Isenin Restoren Kari Kepala Ikan, tapi kami pegi lambat sikit sebab nak mengemas bilik masing2 dan check-out.

Restoren ni terletak kat Semabok, Melaka. Sebelah jer dengan kampung aku. Menu utama kat sini adalah Kari Kepala Ikan. Walaupun mahal sikit tapi bolehlah kalau nak rasa masakan kampung di Melaka terutama asam pedas.

Lepas tu kami singgah pulak di Big Apple Donut & Coffee Dataran Pahlawan. Saja melepak2 sambil sembang2 dengan Mak Ngah Donut dan rasa air dan donut perisa terbaru.

Lebih kurang pukul 4 petang, chow balik Shah Alam.

Mak Ngah Donut sedang di Temuramah


Nasi Lemak Sambal Petai

Nyum...Nyum...sedapnya Nasi Lemak Sambal Petai Kampung Portugis Melaka. Aku, Shaari, Nalis, Ain, Bos, Mem dan anak bos yang paling bongsu sementara nie, Ayish, mengatur rombongan untuk makan malam kat sini sewaktu kami berkampung di Avillon Hotel Melaka untuk menyiapkan Tender Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang tutup pada 3 November 2008.

Restoren ini terletak betul2 di Kampung Portugis. Nasi Lemak akan di hidangkan dengan Sambal Goreng Bilis dan Petai, dan juga lauk pauk lain yang boleh dipilih sendiri. Sambal petai yang dihidangkan nie lebih kurang sama rasanya dengan sambal petai yang aku selalu beli kat rumah sewa lama aku di Seksyen 24 dulu.

Ada satu lagi menu special yang kami tak makan sebab dah order nasi lemak, tapi menu tu nampak menarik iaitu Mee Gelek. Cukup teruja bila Ain tengok. Hehehe.....nak tau...datanglah Kampung Portugis.

Thursday, October 16, 2008

Aidilfitri 2008

Tahun ini aku beraya dengan baju melayu yang sama. Dah 8 tahun pun, masih muat. Mak aku punya lah kesian kat aku sampai dia bagi baju raya abah yang lama dulu. Hehehe. Tapi aku pakai baju aku nie gak.

Raya tahun nie ada konflik sikit. Abah taknak balik Melaka atas alasan tak larat nak jalan jauh. Memang abah dah tak kuat pun kaki dia, cepat lenguh dan penat bila berjalan. Tapi bila aku balik, sempat gak dia gi keluar jalan2 bawak kete sendiri. Alasan lah tu takmo balik Melaka (cakap dalam hati jer). Mak plak terpaksa ikut abah.

Hadiah raya kali nie untuk anak2 buah aku, aku bawak diorang semua pegi Toy R Us. Rambang mata diorang nak pilih toy, tapi seperti biasa yang lelaki pilih kereta kontrol dan yang pompuan pilih teddy bear. Tapi bila balik, tak kira lelaki ke pompuan, sama jer bergasak main kete kontrol.

Pagi raya aku di Johor Bahru. Boring betul takda orang. Along dah balik malam semalam. Tinggallah aku ngan Icham jer. Last last, aktiviti merepair kete abang aku di pagi raya sebab dia nak balik Terengganu. Lepas dah selesai repair, abg aku pun balik lah kampung mertua dia. Oleh kerana itu aku dengan sungguh2 memujuk dan dengan jayanya abah setuju balik Melaka. Dapatlah aku beraya di Melaka selama 24jam. Hehe.

Hari Jumaat malam aku balik semula ke Melaka sebab family Mak Su balik Melaka gak. Tapi diorang naik bas dari Klang. Jadi tugas aku untuk bawak diorang balik semula ke Klang hari Sabtu.

Puasa 6 aku buat seperti biasa walaupun masih ada orang yang pelik melihat aku mula berpuasa pada hari raya kedua.

Apa2 pun Selamat Hari Raya Aldilfitri untuk semua. Maaf Zahir dan Batin.

Wednesday, October 08, 2008

Aktiviti Tahunan Kembali

Pada 28/09 aktiviti tahunan untuk tahun 2008 tetap dianjurkan lagi walaupun penyertaan individu tidak meningkat. Hanya 8 orang sahaja yang menghadirkan diri iaitu aku, Adi, Bobz, Kamil, Cimok, Leena, Azah dan bakal awek Cimok. 2 keluarga yang telah reserved untuk menyertai aktiviti ini tidak dapat hadir. Satu telah membatalkan disaat akhir dan satu lagi tidak ada khabar berita.

Walaupun peserta tidak ramai namun tentatif program berjalan lancar seperti tahun2 sebelumnya. Bermula dengan berbuka puasa di Restoren Seri Melaka Ikan Bakar di Jalan Istana hingga membeli-belah di Sogo serta memenatkan diri berjalan sepanjang Bazar Ramadhan di Jalan Masjid India.

Pada kali ini juga tidak ada kelihatan aksi2 seperti tahun yang lalu iaitu aksi lompatan bunuh diri dikejar along dan mat rempit jatuh motor gara2 ingin menunjuk2 aksi pacak.

Seharusnya untuk tahun hadapan, deposit penyertaan perlu dikutip terlebih dahulu bagi mengelakkan pengurangan jumlah peserta secara mendadak.

Ikan Terubuk Bakar


Sotong Bakar


Lauk Pauk


Kesesakan Lalu Lintas

Berakhirnya Ramadhan

Bulan Ramadhan telah datang dan pergi sebegitu cepat tanpa kita sedari. Dengan kesibukan kerja yang tidak pernah habis menyegerakan lagi proses lapar dan dahaga di bulan puasa.

Walaupun sibuk dengan kerja, aku sempat juga meluangkan masa untuk berbuka puasa diluar bersama rakan2. Diantara tempat yang aku kunjungi pada tahun ini ialah di Tropicana Golf and Country Resort bersama warga Kumpulan ITer, Tropicana sekali lagi bersama Micro-D, PJ Hilton bersama Samsung, PJ Hilton sekali lagi bersama Trend Micro, KLGCC bersama Malpro dan JW Mariott bersama NEC.

Semoga Ramadhan tahun ini semua orang mendapat keberkatannya.

Bersama Jemputan Khas di Tropicana

Monday, September 01, 2008

From Taiping with Eskrem

Lama aku tak makan ais krim di Taiping. Kali nie aku tak lepaskan peluang semasa aku menghadiri majlis perkahwinan bangmie di Larut Tin Sambungan pada 23/08/2008. Aku, Shah, Cimok, Adi & anak2 buah telah meramaikan lagi pengunjung di gerai aiskrim ini.

Lokasi kedai aiskrim nie adalah di Balai Bomba Bandar Taiping. Macam2 pilihan aiskrim ada. Dari sekecil2 aiskrim hingga penuh semangkuk. Waktu paling sesuai untuk makan aiskrim nie adalah antara pukul 8-10 malam.


Banana Split

Favourite aku : Fruit Ais Cream

Lunch at Pumpung


Sekiranya ke Alor Star, jangan lupa ke Pumpung untuk makan tengahari (kecuali bulan pose). Nak tahu kat mana? Kena tanya orang Alor Star.

Macam2 juadah disajikan di sini sampai tak terpilih. Tapi favourite aku ialah Gulai Ikan Masin. Hmmmm..... Nyum... Nyum.

Lepas tu jangan lupa juga untuk makan nasi lemak bungkus disekitar Pasar Rabu. Tapi jangan terkejut dengan harganya. Murah @ mahal ? Cubalah sendiri.

Ikan Bakar di Kampung Alai


Pada 08/08/08 yang lalu, ITer Niaga Sdn. Bhd. telah melancarkan satu perniagaan baru iaitu dalam bidang F&B di Dataran Pahlawan Melaka. Big Apple Donut & Coffee telah bertapak di Melaka di bawah Quid Pro Quo Sdn. Bhd.
Selepas acara perasmian dan majlis telah selesai, Samat beria2 mengajak aku makan ikan bakar. Murad, Shaari, Samat & family aku bawak ke medan ikan bakar kat kampung aku iaitu Kampung Alai. Di kampung aku nie lebih murah dan sedap berbanding di Medan Ikan Bakar Umbai Pernu.

Sesiapa yang nak pergi kat sini kenalah ajak aku sekali sebab susah nak guide jalan.
Udang Panjat

Ketam Stim



Pahat Sambal

Friday, July 18, 2008

Piece of Cake


Hari ini besday aku diraikan di opis seperti kebiasaan dianjurkan oleh ITer apabila menjelang ketibaan hari lahir staf. Walaupun dah sebulan berlalu tetapi aku berterima kasih pada pihak penganjur yang bersusah-payah membuat persediaan. Terima Kasih.

Thursday, July 10, 2008

Waja Campro Swimming Lesson

Pukul 7 pagi pada 08/07/2008 aku dikejutkan oleh panggilan telefon Mak Su yang mengatakan bahawa dia tersangkut didalam banjir kilat di Sg Rasah Klang sewaktu dia dalam perjalanan untuk ke tempat kerja seperti biasa.

Aku terus bergegas tempat kejadian tetapi 3 jam kemudian baru aku sampai kerana berlakunya kesesakan lalulintas yang teruk dari Jalan Kebun ke Sg. Rasah. Bila aku sampai aku melihat kesedihan Mak Su bila mengenangkan kenderaan kesayangannya sedang berendam didalam air banjir. Mengikut cerita Mak Su, paras air sungai naik mendadak ketika dia sedang berhenti di lampu isyarat persimpangan Sg. Rasah - Bukit Raja. Dalam masa 1 minit sahaja, paras air naik sehingga ke bumbung kereta. Kenderaan lain sempat bergerak ke tempat selamat, tetapi 4 buah kenderaan termasuk kereta Mak Su tidak dapat diselamatkan. Mak Su dan rakan sekerjanya sempat keluar menyelamatkan diri daripada terperangkap dalam kereta.

Setelah paras air turun hingga setara pintu kereta, aku dan rakan2 Mak Su yang datang untuk menolong, menolak kereta keluar dari banjir. Aku segera memanggil trak tunda dan menunda kereta Mak Su ke COE KESAS untuk proses seterusnya.

Kesian aku melihat Mak Su, berserabut fikiran Ibu Tunggal kepada 5 orang anak ini. Mana nak fikir kerja lagi, nak fikir kos sara hidup dan lain2. Sekarang tambah pulak satu lagi dugaan.

Untuk sementara aku pulangkan semula kereta kancil yang Mak Su minta aku jaga untuk kegunaan harian dia. Aku akan uruskan semuanya tentang baik pulih kereta Mak Su. Biar ringan sikit beban yang dia tanggung. Itu saja yang dapat aku tolong dengan tidak mengharapkan apa2 balasan. Hari ini hari susah orang, hari susah kita siapa yang tahu.

Untuk nasihat semua, bila renew insuran kereta sila tambah satu lagi option iaitu bencana alam. Kalau tak, bila jadi macam nie kenalah repair kereta atas kos sendiri.




Di Center Of Excellent KESAS

Saturday, June 21, 2008

Goodbye 32

Selamat jalan 32....selamat datang 33. Bertambah lagi umur aku. Setiap pagi bila aku bercermin dah nampak perubahan ketara pada diri. Walaupun dulu ada pakcik cuba sabotaj memotong rambut aku jadi pendek agar nampak muda, tetapi hanya berkesan untuk sementara saja.

Terima kasih pada kawan2 yang telah me'wish' Happy Besday kat aku malam tu sewaktu aku sedang meraikan di Warisan Ibu bersama Murad (dia tak tau pun besday aku) dengan hidangan ikan kembung goreng dan sup tulang. Hehehe. Tak lupa juga diucapkan terima kasih pada kawan2 yang telah melupakan tarikh ini.

Tahun ini juga genap 2 tahun arwah pak su aku tiada di dunia ini. Aku akan ingat sampai bila2 kerana tarikhnya tak jauh daripada tarikh hari lahir aku. Al-Fatihah.

Friday, May 30, 2008

Merokok Dikawasan Larangan Merokok


Tak faham bahasa...orang dah kabo Dilarang Merokok...nak jugak isap kat depan tu. Beginilah gelagat kami (bukan nama sebenar) tapi dalam gambar aku sorang jer, sewaktu menghantar mama (nama sebenar) di KLIA untuk pergi umrah dan ziarah buat keberapa kalinya.

Bukan kami sahaja yang tidak menurut arahan, malah ada gak mat & minah saleh yang join kami. Mungkin diorang tak reti Bahasa Malaysia kot, takpun memang bangang.

Kekeke....

Wednesday, April 02, 2008

Bukan Diriku

Setelah kupahami
Ku bukan yang terbaik
Yang ada di hatimu

Tak dapat kusangsikan
Ternyata dirinyalah
Yang mengerti kamu
Bukanlah diriku

Kini maafkanlah aku
Bila ku menjadi bisu
Kepada dirimu

Bukan santunku terbungkam
Hanya hatiku berbatas
Tuk mengerti kamu
Maafkanlah aku

Walau kumasih mencintaimu
Kuharus meninggalkanmu
Kuharus melupakanmu
Meski hatiku menyayangimu
Nurani membutuhkanmu
Kuharus merelakanmu

Dan hanyalah dirimu
Yang mampu memahamiku
Yang dapat mengerti aku

Ternyata dirinyalah
Yang sanggup menyanjungmu
Yang lama menyentuhmu
Bukanlah diriku

Monday, March 24, 2008

Hair Cut for 3 Month

"Pakcik, potong pendek yer" - Aku
"Nak pendek boleh sikat ker tak boleh sikat" - Tukang Gunting
"Pendek boleh sikatlah pakcik" - Aku

15 minit kemudian...

"Ni pendek tak boleh sikat nie pakcik" - Aku
"Boleh sikat lagi nie" - Tukang Gunting

Lantaklah.....

Ini antara perbualan aku dengan tukang gunting yang telah menjadikan rambut aku sebegini rupa, seminggu sebelum pilihanraya utama. Tension betul aku dengan pakcik tukang gunting nie. Nak marah kang, orang tua. Biarjer lah. Rambut boleh tumbuh balik. Jangan tak panjang2 sudah.

Friday, March 21, 2008

Jejaka Pilihan Terbaru

Mohd Alif Haikal...cucu terbaru abah & mak. Anak kedua abang aku ini telah dilahirkan pada Hari Raya Haji 2008.

Aku tak sempat jumpa masa raya hari tu sebab Alif dikurantin selama 5 hari selepas dilahirkan. Akhirnya aku dapat juga berjumpa anak buah aku yang comel dan pendiam ini sewaktu aku balik JB untuk Pilihanraya Utama ke 12 pada 8 Mac 2008. Walaupun tak pernah berjumpa...tapi Alif senyum dan ketawa sebaik saja aku mendukungnya buat pertama kali.

Ada persamaan tak?

Thursday, January 10, 2008

Selamat Tahun Baru 2008 & 1429

Tahun 2007 telah meninggalkan kita dan sudah 10 hari 2008 muncul tanpa disedari. Adakah ini bermaksud masa berlari dengan sebegini pantas atau hanya masa aku yang tidak kenal penat berlalu sebegitu sahaja.

2007 dah menjadi sejarah, segala pahit maung, pengalaman dan pengajaran hendaklah dijadikan motivasi untuk memperbaiki diri yang semakin lanjut matang. Manakala janganlah pula terlalu leka dengan kemenangan dan kejayaan lalu sehingga lupa untuk menempa sejarah baru yang belum tentu sampai kemana-mana.

1429 muncul pula dengan lembaran baru yang penuh cabaran. Semoga setiap perlakuan dan perbuatan adalah dianggap sebagai amalan disisiNya.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2008 & 1429.

Penganugerahan Sijil PLK 2007 UiTM


Majlis Penyampaian Sijil Pengajian Luar Kampus, Fakulti Teknologi Maklumat & Sains Kuantitatif Universiti Teknologi MARA telah diadakan pada 29 Disember 2007 bertempat di Laman Najib FTMSK.

Walaupun majlis tersebut diadakan secara kecil-kecilan dan aku bukanlah merupakan pelajar cemerlang keseluruhan, namun aku berbangga kerana telah diisytiharkan sebagai Pelajar Terbaik Program CS006 iaitu Perangkaian dan Komunikasi Data.

Tahniah.