Saturday, November 15, 2008

Kusut

Aku dapat berita abah dah tak boleh bangun dan hanya terbaring di atas katil semasa aku buat tender UTeM di Melaka minggu lepas. Abah memang ada kencing manis dari dulu tapi kali nie dah teruk. 2 jari kaki dah hitam dan tapak kaki dah bernanah hingga berbau. 5 hari lepas tu aku dapat panggilan dari abang ipar aku mengatakan abah dah teruk sangat dan abah taknak pegi hospital. Tapi setelah aku pujuk abah melalui telefon barulah abah bersetuju dan hari ahad lepas, Icham dan abang ipar aku bersama2 emak menghantar abah ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan dimasukkan ke wad kencing manis. Nasib baik abah ada kad bekas prajurit dan abah dipindahkan ke wad kelas dua sebab abah dikelaskan sebagai pesara kerajaan.

Kemudian aku dapat pula panggilan telefon sewaktu aku sedang menyediakan tender maintenance MOE, mengatakan Dr nak membuat pembedahan memotong kaki paras atas buku lali abah untuk mengelakkan jangkitan kuman terus merebak. Panik aku dibuatnya. Aku cuba memberitahu abang ipar aku supaya menangguhkan dulu tapi abah dah pun memberi persetujuan. Tapi pembedahan tu dapat ditangguhkan sebab keadaan abah yang tak kuat untuk melalui proses pembedahan.

Hari selasa petang aku membuat keputusan balik JB setelah menyelesaikan kerja2 yang patut sebelum bercuti panjang. Walau berbekalkan kerusi lipat yang diletakkan antara pemandu bas dan tangga (beli last minit dan kaunter tiket tu terjual lebih) aku selamat sampai di JB dan terus ke hospital.

Sehingga hari ini dah 4 orang Dr datang berjumpa aku untuk meminta kebenaran dan persetujuan menjalankan pembedahan secepat mungkin tapi aku tidak membenarkannya.

Menurut kata dr, jantung abah normal tapi lemah (40%) disebabkan faktor usia dan kadar tekanan darah tidak menentu. Untuk menstabilkan tekanan darah, abah diberi ubat DOPA yang ditingkatkan sehingga 13.5ml/h semalam. Abah juga diberi suntikan Antibiotik setiap hari untuk melambatkan kadar jangkitan kuman yang telah sedia ada (25%) dalam darah. Suntikan Potasium juga diberi berdasarkan ujian darah yang menunjukkan kadar potasium dalam darah abah adalah dibawah paras normal.

Setelah beberapa siri perbincangan dengan dr berdasarkan keadaan semasa abah, sekiranya abah menjalankan pembedahan, akan berlaku beberapa komplikasi pembedahan termasuklah masalah jantung, buah pinggang, pendarahan yang banyak dan yang paling aku tak sanggup nak dengar ialah kehilangan abah. Dr tak dapat memberi jaminan atas kelancaran pembedahan tersebut. Sekiranya abah tidak membuat pembedahan secepat mungkin pula, jangkitan kuman akan cepat merebak dan ditakuti menjangkiti jantung.

Atas dasar itu aku terus memberi keputusan pagi tadi kepada Dr untuk membatalkan niat menjalankan pembedahan dan melanjutkan proses menstabilkan abah dibawah pangawasan dr di hospital. Walaupun riak wajah Dr kelihatan hampa dengan keputusan aku dan terus mendesak, aku tetap dengan keputusan aku.

Hanya satu alasan aku berikan kepada Dr, sekiranya ditakdirkan aku kehilangan abah, biarlah aku masih ada masa bersama abah walau untuk seminggu daripada aku kehilangan abah sekarang dan tak dapat bersama abah di saat2 akhir.


KUSUT........

2 comments:

Anonymous said...

bang..
be strong. apa jugak yg terjadi adalah kehendak Allah. yg tu jer kita jgn lupa. kita teruskan berdoa dan yg lain tu kita serahkan pada Dia. aku doakan abah ko selamat dan cepat sembuh..
amin..

Yun said...

salam bro, takziah utk abg sekeluarga, hope lebih tabah & redha dgn ketentuannya sbb Tuhan lebih menyayanginya.