Thursday, November 22, 2007

Open d' ITer

Selamat datang ke rumah terbuka ITer Niaga yang telah diadakan pada 10 November 2007 dari pukul 3-5 petang di rumah En. Zubairy selaku Presiden kepada Kumpulan ITer.

Ramai tetamu yang datang terdiri daripada rakan-rakan niaga, pelanggan, kawan-kawan dan tak lupa juga saudara mara. Juadah? Fuh...memang sedap. Selain daripada hidangan biasa di mana-mana rumah terbuka, ada 2 ekor kambing golek disajikan, ada kaunter char kuey teow, rojak buah dan juga kaunter air batu campur. Semua hidangan ini telah disediakan oleh Kafe dan Katering Warisan Ibu.

Untuk memeriahkan lagi majlis, sekumpulan anak-anak yatim dari Genius Aulad juga dijemput hadir. Tak lupa juga ada permainan untuk kanak-kanak dan juga sambutan harilahir anak bongsu En. Zubairy.

Aku plak datang dari pukul 3 petang sampai 7 petang. Macam tuan rumah pulak aku. Mana tak, bila aku nak balik, ada jer orang yang aku kenal baru sampai. Jadi kenalah layan gak sebab tuan rumah tak terlarat nak melayan semua orang.

Semoga Kumpulan ITer bertambah kukuh dan berkembang maju. Amin.

Aik, taukeh katering pun balun gak, sedap sangat lah tu.

Tuesday, October 16, 2007

Selamat Hari Raya 2007


Hari raya menjelang lagi dan jatuh pada hari sabtu 13/10/2007. Aku cuti sampai hari isnin saja, walaupun company advise aku untuk ambil cuti. Budak2 lain cuti sampai hujung minggu. Biarlah diorang habiskan cuti masing2.

Raya nie rutin berjalan seperti biasa. Aku balik JB dulu, ambil Mak & Abah bawak balik Melaka. Tahun nie Along beraya di Melaka dahulu kemudian di Rengit, Batu Pahat. Icham pulak beraya di Terengganu. Raya ketiga baru dia balik Melaka.

Raya kali nie di Melaka adalah seperti raya yang lepas. Bezanya cuma kali nie di hari raya pertama family aku, family Pak Uda dan Family Ina (sepupu aku) pegi beraya beramai2 ke rumah keluarga kami. Meriah lah sikit. Kalau dulu kami pergi sendiri2 jer.

Anak2 buah sepupu aku semua dah besar2. Rasa dah tua dah Pak Su diorang nie.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir & Batin.

Acara Tahunan 11/10/2007

Acara tahunan kali ini telah dianjurkan lewat dari kebiasaan. Biasanya seminggu atau 2 minggu sebelum raya, tapi kali nie 2 hari sebelum raya.

Senarai kehadiran kali ini : aku, Adi, Bobz, Kamil, Yee, Azah, Khomizal & Akak Ijam serta anak2 mereka Alip, Baa, Taa dan Saa.

Acara dimulakan dengan berbuka puasa di Restoren Seri Melaka Ikan Bakar di Jalan Istana. Tak ramai pengunjung kali ini, taklah macam dulu kena berebut2 meja. Mungkin sebab dah ramai warga kota pulang ke kampung. Nie sempat kutuk-mengutuk & mengumpat untuk menghabiskan pahala puasa sementara menunggu waktu berbuka.

Selepas berbuka kami mulakan acara shopping di Sogo. Aku tak shoping sebab ari tu aku dah beli baju masa pergi Taklimat Tender kat MARA. So aku just melepak kat depan Sogo dengan adi & yee.

Acara paling penat ialah berjalan sepanjang Jalan Masjid India tanpa membeli apa2. Tapi diorang sempat lak sambar seluar jeans levis tengah lelong 4 helai RM50. Tapi Bobz tak sempat nak beli tali pinggang atas sebab2 tertentu....hehehe...

Itulah saja acara tahunan kali ini, diharapkan acara ini dapat dikekalkan dan diwariskan kepada anak cucu.

Monday, September 24, 2007

Kembalinya Ramadhan

Pejam celik...pejam celik...dah bulan Ramadhan. Masuk hari nie dah 12 hari aku berpuasa. Sekejap rasanya masa berlalu. Tak sedar langsung. Mungkin kerana leka dan sibuk dengan aktiviti harian (keje) menjadikan aku lalai dibulan Ramadhan ini.

Terawikh...hehehe...seminggu awal jer...lepas skip sekali, sampai kehari nie tak jenguk dah budak2 yang biasa buat bising kat saf belakang masjid.

Terawih jer tak buat....tapi puasa masih lagi mengekalkan rekod tak penah kalah. Cuma pahala puasa jer selalu kurang banyak. Maklumlah, bila pegi Pasar Ramadhan, macam2 gaya orang yang datang dan mereka telah membuat pahala puasa aku berkurangan. Kalau nak takda pahala puasa langsung, cubalah pegi Pasar Ramadhan kat Stadium. Mesti terliur dengan makanan dan juga yang bukan makanan.

Juadah favourite aku untuk berbuka tahun nie dan juga tahun2 yang lalu dan mungkin tahun2 mendatang adalah ayam@daging masak lemak@kari, sambal jawa dan air soya panas.

Untuk semua viewer yang secret ataupun tak secret, Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini.

Cendol Abang Zaidi - favourite Bobz

Tuesday, August 21, 2007

Mini Cooper VS Kancil Ku

Minggu lepas aku dapat merasa memandu kete Mini Cooper kepunyaan bos aku. Memang best bawak kete nie, selesa dan laju tak ingat. Tapi pengalaman yang paling tak akan aku lupakan ialah tentang sikap manusia.

Perbandingan yang dapat aku lihat bila memandu Mini Cooper dan Kancil ialah dari segi layanan. Contohnya, masa aku isi minyak kat Shell Kesas, tah datang dari mana bangla nie, terus dia buka penutup tank minyak dan tanya aku dalam nada yang paling elok, berapa nak isi, ada bonuslink tak dan bayar kat pam, lepas tu siap sembang2 lagi tuh. Bila dah abih, siap angkat tangan masa aku blah. Kalau aku bawak kancil aku tuh, haram...dahlah kena jalan kaki kat kaunter depan tu...isi sendiri plak. Angkat tangan jangan haraplah. Padahal aku memang selalu isi minyak kat situ.

Keduanya, bila tengah memandu, mesti semua pemandu lain tengok kete dan tengok aku, lalu senyum atau angkat tangan. Sunguh ramah betul rakyat malaysia ni. Berbudi bahasa. Sopan Santun. Diorang tak tau ker aku pinjam jer kete tu. Hehehe. Bawak kancil? rasanya kalau aku accident takda orang nak tolong kot.

Nampak sangat manusia nie lebih kepada kebendaan berbanding ketulusan hati. Berapa % agak2. Renung2 kan. Selamat berfikir.

Tuesday, June 12, 2007

Selamat Hari Lahir Faezal

Selamat hari lahir untuk diri ku. Bila aku hitung rupa-rupanya dah 32 tahun umur aku. Hmmm….tua dah nie, sekejap saja masa berlalu. Masih aku ingat lagi mula-mula aku datang ke Shah Alam dulu tahun 1996. Dah 10 tahun aku tinggal di sini. Rasa macam baru semalam aku sampai.

Celebration…mana ada celebration zaman usia dah lanjut nie. Lagipun memang tiap tahun aku takda buat celebration pun. Cuma aku biasa amik cuti sehari sempena besday aku. Saja jer nak layan diri, sekali-sekala kenalah spent time untuk diri sendiri.

Tapi tahun nie aku sedih hati sebab teringat arwah Pak Su aku. Tahun lepas, selang 6 hari lepas besday aku, pak su aku meninggal dunia. Mungkin ini akan lebih menguatkan aku untuk tidak menyambut hari lahir aku pada tahun-tahun mendatang.

Dah 32 tahun berlalu, aku masih lagi belum settle down. Bila agak2 nya aku boleh settle down. Keinginan ada tapi mungkin belum ada rezeki. Apa2 pun biarlah masa menentukan segala.

Akhir kata SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 32 NORFA’EZAL BIN HARON. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Monday, June 04, 2007

ITer Family Trip – Langkawi 18-21 May 2007

ITer Niaga Sdn. Bhd. family trip kali ini ialah di Pulau Langkawi. Seramai 32 orang dewasa dan 8 kanak2 telah menawan Nadia’s Inn Pantai Chenang.

Kumpulan ITer dari Shah Alam menaiki pesawat Air Asia untuk pergi dan balik, manakala untuk kumpulan ITer dari Alor Setar menaiki feri.

ITer telah menyewa sebanyak 6 buah van vanette untuk pengangkutan di sekitar Langkawi. Banyak aktiviti yang telah dirancang terutama aktiviti bebas yang dijanjikan. Hehehe.

Pulau Langkawi tidak banyak berubah dari apa yang aku perhatikan. Trip kali aku pergi banyak tempat yang aku tak dapat pegi dulu macam air terjun telaga tujuh (tinggal ciput jer sebab musim panas), air terjun yang dah kering, tah apa tah nama dia (Asri dari opis kedah beria2 bawak gi air terjun nie, dia kata paling sejuk kat langkawi, last2 air takda tinggal terjun jer), Beras Terbakar, Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Eagle Feeding. Tempat yang dah biasa aku pergi seperti Makam Mahsuri, Cable Car dan Pekan Kuah (Kesukaan Parti Wanita ITer).

Semasa di Langkawi aku dan staf senior ITer telah diberi hadiah oleh bos kami En. Zubairy iaitu sorang satu IPOD Shuffle 1GB dan untuk staf senior perempun diberi kamera digital. Terima kasih boooosssss. Semoga Allah lanjutkan usia booosssss. Hehehe.

Pada malam terakhir kami di Langkawi, seluruh keluarga ITer telah berkumpul untuk makam malam bersama serta acara cabutan bertuah dan juga karoke. Walaupun aku dan Asri telah Berjaya “menyumbangkan” lagu Wings kepada bentuk puisi, namun kami redha dengan kekalahan dalam kategori duet. Terima kasih kepada pengundi2 kami.

Keseluruhannya ITer family trip kali ini seronok sebab aku dapat melupakan seketika tentang kerja-kerja di opis dan enjoy bersama kawan2 yang lain Tapi yang peliknya kat rumah muka tu, kat opis muka tu, kat warisan ibu muka tu dan kat Langkawi pun muka tu.

Anyway thanks to all ITer family. I really enjoy the trip.


Dalam Bas - Baru nak bertolak dari opis ker LCCT

Layan Maggi dalam flight

Komeng kepenatan di Air Terjun Telaga Tujuh

Beras Terbakar

Tasik Dayang Bunting

Pulau Beras Basah

Perigi Mahsuri

Jejantas baru di Cable Car

Selamat Tinggal Langkawi

Trip to China (Hehehe)


Wednesday, May 02, 2007

Wedding Mak Sue Kecik

Alhamdulillah, Mak Sue kecik dah sampai jodoh dia. Mak Sue telah selamat di ijab kabul kan pada sabtu malam 28 April 2007 dengan pemuda pilihannya bernama Azman. Family dia mula2 dulu semuanya terkejut masa dia bawa Azman jumpa Kak Long (Amak). Senyap2 jer diorang bercinta tanpa pengetahuan semua. Tup...tup...bawak jumpa kakak dia, sebulan lepas tu tunang, 3 bulan lepas tunang, kawin. Hmmm...tu lah jodoh namanya yek.

Exam aku kat ITM pulak dah abih...tinggal presentation projek paper aku jek. Lepas tu aku dah abih belajar. Alhamdullilah, berjaya jugak aku abihkan.

18hb nie, company aku buat trip ke Langkawi. Semua naik flight pegi balik kecuali budak2 opis kedah. Diorang kena naik feri jer. Kali nie punya trip aku tak terlibat dalam merancang aktiviti atau apa2 pun. Harap2 banyak rileks sebab tujuan buat trip untuk rileks, bukan untuk penat2.

Shifa dengan gaya baru bangun tido

Friday, April 13, 2007

Sirih Pulang ke Gagang

Minggu lepas aku amik cuti hari jumaat 06/04/2007. Aku balik JB 3 hari. Lama aku tak balik. Last balik raya puasa tahun lepas. Memang biasa aku balik JB setahun sekali. Tapi kali nie kena balik gak sebab mak call kata dah seminggu asyik teringat kat aku jer. Aku pun cargas balik.

JB dah banyak berubah rupanya. Tempat yang selalu aku lepak cari CD software pirate kat Holiday Plaza pun dah clear. Takda dah orang meniaga CD, kalau ada pun diorang jual DVD jer.

Anak2 buah aku pun dah besar panjang. Nasib baik diorang kenal lagi dengan Pak Su. Kalau tak haru gak aku.

Sekarang nie dah nak dekat exam. Sem nie aku last kat ITM. Aku akan bergelar Graduan ITM sekali lagi. InsyaAllah. Lepas nie aku bercadang nak amik Degree IT ataupun aku nak amik proffesional cert CCNA. Gud Luck.

Aqil, anak abang aku yang nakal.

Saturday, March 31, 2007

Sehari di Cyberjaya

Bangunan apa nie? Macam pelik jer. Sian bangunan nie...terletak kat Cyberjaya tapi takda kawan sebelah menyebelah. Duk lah tersergam indah dikelilingi oleh lalang dan angin.

Hari tu saja jer aku merayap kat Cyberjaya lepas abih kerja kat Putrajaya. Saja jalan2 mengenali bangunan2 yang ada di Cyberjaya disamping mencari bangunan kat atas nie setelah beberapa tahun diceritakan kewujudannya di Cyberjaya.

Tuesday, March 13, 2007

Tiara Beach Resort

Tiara Beach Resort Port Dickson. Dah 2 tahun aku beli apartment kat sini, apartment studio, dan selama 2 tahun jugaklah aku sewakan apartment aku ni kepada management TBR.

Tapi tahun nie aku tak sambung kontrak sebab return rate yang diorang bagi tak dapat nak cover overhead aku bulan2. So aku decide untuk ambil balik apartment aku kat TBR nie.

Dalam kesibukan kerja, aku sempat jugak ajak Dik Dee pegi PD kejap untuk buat inspection dan ambil kunci rumah. Hanya sejam setengah perjalanan tanpa jem dari Shah Alam ke Port Dickson. Mulai 3 Mac 2007, aku manage apartment aku sendiri.

Kalau nak tengok area resort ni pegilah http://www.tbr.com.my/

Kalau nak menginap kat sini, booking ler sendiri. Nak sewa apartment aku? Sori beb....bukan untuk disewa...nanti korang buat kotor saper nak bersihkan...aku jugak...

2 katil giant single


Ruangan Melepak


Almari dan Meja Solek


Bilik Air dan Bilik Rahsia


Pintu Depan dan Dapur


Menunggu Maintenance baiki socket sambil layan citer hindustan

Sunday, January 14, 2007

Selamat Tahun Baru & Selamat Hari Raya Aidil Adha 2007

Sekejap jer rasanya, pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru 2007. Azam tahun 2006 tah kemana perginya, tunggu jer lah azam baru nie....nak ber azam apa yek...

Cuti tahun baru & hari raya haji yang lepas aku balik Melaka sama2 dengan mak su & anak-anak. Family aku tahun nie tak balik Melaka, diorang semua raya kat JB jer. So aku sorang jer lah anak perantauan ni beraya kat Melaka dengan Mak Long.

Raya tahun nie boring sungguh. Maklumlah, aku & family maksu jer yang balik, family lain tak balik raya Melaka. Biasalah, raya haji memang tak meriah, ditambah pulak sekolah nak buka, masing2 malas nak berjalan sebab nak buat persediaan sekolah anak-anak.

Sebab boring, lepas solat hari raya aku bawak mak su & family pegi Zoo Melaka. Hehehe. Lama aku tak pegi zoo, seronok gak melayan budak2 tengok haiwan2 nie. Macam mak abah melayan aku masa kecik2 ler. Zoo pulak dah ada banyak perkembangan & peningkatan, salah satunya ialah peningkatan pada harga tiket masuk....kekeke....

Aku balik Shah Alam hari isnin tengahari walaupun selasa masih lagi cuti. Mak su nak buat persediaan anak2 dia nak sekolah.

Tahun baru nie aku sibuk sikit, maklumlah memang aktiviti & projek tahunan. Sekarang nie dah bermula PPSMI V, deployment, logistic, training dll menyusul kembali.

Dikesempatan ini aku nak mengucapkan Takziah kepada Riduan (housemate & officemate aku) atas pemergian Ayahanda tercinta pada hari Sabtu 06/01/2007 jam 2 petang. Semoga rohnya dicucuri rahmat. AL-FATIHAH.