Tuesday, November 18, 2008

Berakhirnya Satu Perjalanan


Ayahanda kesayanganku telah meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya pada hari Sabtu, 15 November 2008 bersamaan 17 Zulkaedah 1429, jam 8.20am. Alfatihah.

Cause of Death : SEPTIC SHOCK SECONDARY TO RIGHT DIABETIC FOOT ULCER

Saturday, November 15, 2008

Kusut

Aku dapat berita abah dah tak boleh bangun dan hanya terbaring di atas katil semasa aku buat tender UTeM di Melaka minggu lepas. Abah memang ada kencing manis dari dulu tapi kali nie dah teruk. 2 jari kaki dah hitam dan tapak kaki dah bernanah hingga berbau. 5 hari lepas tu aku dapat panggilan dari abang ipar aku mengatakan abah dah teruk sangat dan abah taknak pegi hospital. Tapi setelah aku pujuk abah melalui telefon barulah abah bersetuju dan hari ahad lepas, Icham dan abang ipar aku bersama2 emak menghantar abah ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan dimasukkan ke wad kencing manis. Nasib baik abah ada kad bekas prajurit dan abah dipindahkan ke wad kelas dua sebab abah dikelaskan sebagai pesara kerajaan.

Kemudian aku dapat pula panggilan telefon sewaktu aku sedang menyediakan tender maintenance MOE, mengatakan Dr nak membuat pembedahan memotong kaki paras atas buku lali abah untuk mengelakkan jangkitan kuman terus merebak. Panik aku dibuatnya. Aku cuba memberitahu abang ipar aku supaya menangguhkan dulu tapi abah dah pun memberi persetujuan. Tapi pembedahan tu dapat ditangguhkan sebab keadaan abah yang tak kuat untuk melalui proses pembedahan.

Hari selasa petang aku membuat keputusan balik JB setelah menyelesaikan kerja2 yang patut sebelum bercuti panjang. Walau berbekalkan kerusi lipat yang diletakkan antara pemandu bas dan tangga (beli last minit dan kaunter tiket tu terjual lebih) aku selamat sampai di JB dan terus ke hospital.

Sehingga hari ini dah 4 orang Dr datang berjumpa aku untuk meminta kebenaran dan persetujuan menjalankan pembedahan secepat mungkin tapi aku tidak membenarkannya.

Menurut kata dr, jantung abah normal tapi lemah (40%) disebabkan faktor usia dan kadar tekanan darah tidak menentu. Untuk menstabilkan tekanan darah, abah diberi ubat DOPA yang ditingkatkan sehingga 13.5ml/h semalam. Abah juga diberi suntikan Antibiotik setiap hari untuk melambatkan kadar jangkitan kuman yang telah sedia ada (25%) dalam darah. Suntikan Potasium juga diberi berdasarkan ujian darah yang menunjukkan kadar potasium dalam darah abah adalah dibawah paras normal.

Setelah beberapa siri perbincangan dengan dr berdasarkan keadaan semasa abah, sekiranya abah menjalankan pembedahan, akan berlaku beberapa komplikasi pembedahan termasuklah masalah jantung, buah pinggang, pendarahan yang banyak dan yang paling aku tak sanggup nak dengar ialah kehilangan abah. Dr tak dapat memberi jaminan atas kelancaran pembedahan tersebut. Sekiranya abah tidak membuat pembedahan secepat mungkin pula, jangkitan kuman akan cepat merebak dan ditakuti menjangkiti jantung.

Atas dasar itu aku terus memberi keputusan pagi tadi kepada Dr untuk membatalkan niat menjalankan pembedahan dan melanjutkan proses menstabilkan abah dibawah pangawasan dr di hospital. Walaupun riak wajah Dr kelihatan hampa dengan keputusan aku dan terus mendesak, aku tetap dengan keputusan aku.

Hanya satu alasan aku berikan kepada Dr, sekiranya ditakdirkan aku kehilangan abah, biarlah aku masih ada masa bersama abah walau untuk seminggu daripada aku kehilangan abah sekarang dan tak dapat bersama abah di saat2 akhir.


KUSUT........

Wednesday, November 05, 2008

Kari Kepala Ikan & Big Apple Donut

Alhamdulillah, sudah selesai menghantar tender UTeM. Sesi MOF e-bidding pun dah selesai walaupun ITer mendapat tempat kedua, aku tetap berpuashati.

Makan tengahari bos ajak ke Haji Isenin Restoren Kari Kepala Ikan, tapi kami pegi lambat sikit sebab nak mengemas bilik masing2 dan check-out.

Restoren ni terletak kat Semabok, Melaka. Sebelah jer dengan kampung aku. Menu utama kat sini adalah Kari Kepala Ikan. Walaupun mahal sikit tapi bolehlah kalau nak rasa masakan kampung di Melaka terutama asam pedas.

Lepas tu kami singgah pulak di Big Apple Donut & Coffee Dataran Pahlawan. Saja melepak2 sambil sembang2 dengan Mak Ngah Donut dan rasa air dan donut perisa terbaru.

Lebih kurang pukul 4 petang, chow balik Shah Alam.

Mak Ngah Donut sedang di Temuramah


Nasi Lemak Sambal Petai

Nyum...Nyum...sedapnya Nasi Lemak Sambal Petai Kampung Portugis Melaka. Aku, Shaari, Nalis, Ain, Bos, Mem dan anak bos yang paling bongsu sementara nie, Ayish, mengatur rombongan untuk makan malam kat sini sewaktu kami berkampung di Avillon Hotel Melaka untuk menyiapkan Tender Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang tutup pada 3 November 2008.

Restoren ini terletak betul2 di Kampung Portugis. Nasi Lemak akan di hidangkan dengan Sambal Goreng Bilis dan Petai, dan juga lauk pauk lain yang boleh dipilih sendiri. Sambal petai yang dihidangkan nie lebih kurang sama rasanya dengan sambal petai yang aku selalu beli kat rumah sewa lama aku di Seksyen 24 dulu.

Ada satu lagi menu special yang kami tak makan sebab dah order nasi lemak, tapi menu tu nampak menarik iaitu Mee Gelek. Cukup teruja bila Ain tengok. Hehehe.....nak tau...datanglah Kampung Portugis.