Monday, August 30, 2010

Berbuka @ Kota Permai

Opis aku mengadakan berbuka puasa untuk semua staf pada hari Jumaat 27 Ogos 2010 di Kota Permai Golf Resort. Lokasi di tepi kolam renang.

Ok jugalah juadah yang dihidangkan untuk mengisi perut. Sambil makan sambil tengok orang swimming. Hihihi.

Kambing ada juga dihidangkan tapi ciput dan ramai orang beratur untuk mendapatkan nya. Aku dapatlah sikit, dua pinggan.

Berbuka ala kadar

Saturday, August 28, 2010

Berbuka Puasa @ JB


Masa aku balik JB minggu lepas, kitorang satu family buka puasa kat umah mak. Biasanya dalam bulan puasa, mak duk umah Along dan Sabtu Ahad baru balik kampung Taman Molek (mak kata) hehehe.

Semua ada tak terkecuali. Tapi budak2 dah makan dulu sebelum juadah dihidangkan. Bila tanya puasa ker tak....jawapan mesti PUASAAAAA.

Anak along yang kecik pulak masa sahur bukan main makan lagi bila ibu dia suap. Tapi masuk pukul 1 jer dah carik makan. Kueh raya pun jadi. Along kata si Ifah nie puasa bila time sekolah jer, bila cuti sekolah, puasa pun cuti.

Melepek tunggu buka puasa

Yeaahhhh......dah kenyang

Walaupun badan dah susut, Nur tetap posing untuk Pak Su

Ni posing nangis pulak

Shopping Raya @ Aeon Tebrau


Minggu lepas aku ada kerja-kerja pemantauan Pusat Siber Rakan Muda di Johor Selatan. Sempat juga aku selitkan masa aku untuk pegi bawak mak & family along pegi shoping raya kat Aeon Tebrau City Johor Bahru.

Raya kali nie aku sponsor semua baju raya. Masuk Jusco, amik jer apa yang nak. Kitorang masuk Jusco pukul 11 pagi dan keluar pukul 4 petang. Peerghhh....berasap kaki aku. Mak jangan dikenang lah. Sampai aku pinjam kerusi cashier untuk bagi mak duduk. Family Icham tak ikut sekali sebab abang aku tu tak suka gi shoping. Aku cuma bagi duit jer suh dia beli barang. Lagipun kalau dia ikut, rasanya sampai malam pun tak abih lagi sebab leka mengejar anak lelaki dia yang 2 orang tu.

Total2 abih gak aku 3 ribu belanja kali nie. Hehehe....moga dengan perbelanjaan ini makin murah rezeki aku. Amin.

Mak dah angin. Mana Along nie tak abih lagi cari seluar.

Friday, August 27, 2010

Kambing @ Tropicana


Selamat berpuasa kepada semua umat Islam diseluruh dunia. Dah 17 hari kita berpuasa, sekelip mata rasanya.

Pada minggu pertama berpuasa aku bawa family Mak Su berbuka puasa di Tropicana Golf & Country Resort. Tempat yang terkenal dengan bermacam2 juadah buffet berbuka puasa dan keluasan tempatnya.

Hanya membayar RM200 untuk 2 Dewasa dan 2 kanak2 (lagi 3 orang tak dikira sebab badan kecil) kami bertujuh makan ikut suka. Budak2 ambil jer apa yang diorang nak, last2 aku yang habiskan. Ais krim jangan dikenang lah, berlambak atas meja. Tapi favourite aku tak tinggal. Kambing BBQ.

Minggu depannya pulak ada jemputan buka puasa kat sini lagi. E-Tech IT yang anjurkan. Dua kali kambing beb. Hehe.

Antara juadah yang diambil


My Princess Syfaa


Tuesday, August 03, 2010

Jalan-Jalan Cari Pasal


Outstation paling stress di dunia iaitu Jalan-Jalan cari pasal. Aku kena pergi melawat kesemua tapak Pusat Siber Rakan Muda di Johor, Pahang dan juga Terengganu.

Antara tugasan adalah untuk menyemak status sebenar kesiapsiagaan (ayat Capt) tapak. Sekiranya masih lagi belum siap maka dengan itu aku terpaksa menarikbalik (terminate) tapak tersebut daripada kontraktor yang dilantik.

Ramai yang pesan beli buah tangan sementara aku ada kat pantai timur, tapi sori beb, tak sempat nak beli. Takda masa nak singgah2 shopping.

Perjalanan yang meletihkan ditambah pula berseorangan.

Terengganu pun jem...


Mengejar Pelangi