Tuesday, March 15, 2011

Ribut di Kota Kemuning

Ribut melanda lagi di Kota Kemuning. Hujan dan ribut tak sampai satu jam telah mematah dan menumbangkan lebih 50% pokok di Kota Kemuning termasuklah pokok di hadapan opis dan juga kiri dan kanan deretan opis.

Tapi kali ni takda kereta syarikat atau rakan-rakan terdekat yang dihempap pokok. Alhamdulillah.

Mungkinkah Kota Kemuning dah banyak sangat orang yang membuat onar sampai ribut sebegini diturunkan.

Di Restoren Ameer Ehsan

Mangsa


Sunday, March 13, 2011

Kad Jemputan Kahwin & Paper Bag

Hari memilih design dan warna kad kahwin adalah antara hari-hari yang aku tak berkenan. Sebab utamanya ialah aku nak kena matchkan kaler dan pilih warna untuk kad. Kad aku simple jer. Susah sikit kad satu lagi ler.

Nasib aku baik bila Fahmi (member lama) iaitu tuan punya kedai datang dan beri banyak idea. Akhirnya proses pemilihan design dan warna selesai.

Kami buat kad kahwin, paper bag dan bunting di kedai GedungKadKahwin. Terima kasih Fahmi kerana memberi harga kos-to-kos kepada kami. Ko kena datang majlis perkahwinan aku sebab ko tak boleh guna alasan tak dapat kad jemputan daripada aku. Huhuhu.

Layari http://www.gedungkadkahwin.com/ untuk ketahui lebih lanjut mengenai GedungKadKahwin.

Pilih yer sayang, I punya senang jer

Friday, March 04, 2011

Nasuha Herb & Spices

Kalau dalam perjalanan dari bandar muar menghala ke pagoh, anda akan terserempak dengan Nasuha Herb & Spices Museum di sebelah kanan anda. Singgahlah makan di restoren mereka yang menghidangkan makanan berasaskan herba. Ada Nasi Beriyani, Mee Sup, Mee Bandung dan lain-lain.

Sekiranya anda tidak biasa minum teh herba, anda bolehlah pesan minuman sampingan seperti air barli atau oren.

Untuk mengetahui lebih lanjut silalah layari http://www.nasuhaherbsparadise.com/

Restoran Herbal

Senyum Girang Selepas Minum Teh Herba