Saturday, September 18, 2010

Hari Raya Aidilfitri 2010

Aldilfitri menjelang semula. Berakhirnya bulan puasa dan mari menyambut raya. Cuti company bagi 11 hari. Huhuhu. Cuti wajib. Habis cuti tahunan aku...

Tahun ini aku & mak beraya di Alai, Melaka. Along balik Rengit dan Icham balik Terengganu. Malam raya aku bertolak balik Melaka selepas Along bertolak balik Rengit.

Raya terasa seperti biasa, rutin menziarah sedara mara terdekat saja. Aku ajak mak pegi raya, mak tak nak. Jadi kenalah teman mak jer kat rumah. Rasa macam dah tua pulak tunggu orang lain datang raya. Tungu punya tunggu, tiba2 terpacul jer Icham kat Alai pada hari raya kedua. Bertambah lah kemeriahan raya dengan kedatangan 2 hero sorang heroin.

Puasa 6 aku teruskan seperti kebiasaan. Family aku pun dah tak janggal bila aku datang raya tapi tak makan apa2.

Aku balik Shah Alam hari Jumaat malam. Balik awal sebab takut nanti lemau nak pegi keje. Lagipun taknak mengharungi jammed hari sabtu dan ahad.

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin kepada semua.


Kete berasap - brake pad melekat.

Tunggu temp kete turun - muka tension, serabut, panas & puasa

Rumah terbuka - Zahar (sepupu : anak mak long)

Makan di Rasa Ayamas lepas ke ToyRus

Mengerjakan mainan yang di beli

Rumah Terbuka - Icham


Pegi raya ramai2 ke umah Mak Chu (takda gambar lah pulak)

Tuesday, September 07, 2010

Kambing @ SACC


Berbuka puasa anjuran yang pertama kali oleh Eureka Network Sdn. Bhd. di Shah Alam Convention Centre. Moga tahun hadapan berbuka sama lagi.

Friday, September 03, 2010

Aktiviti Tahunan Puasa 2010


Aktiviti tahunan kembali lagi. Kali ini disertai oleh Adi, Lina, Aku, Azah, Wani DBKL, Erul, Ida, Jay dan Epi.

Tahun ni ada surprise yang telah menyebabkan maka semua orang kali nie berbuka lewat sedikit daripada biasa. Nasib baik Jay & Epi dah sampai dulu. Diorang tolong orderkan. Terima kasih Jay & Epi.

Kami makan di kedai lain tahun nie sebab Gerai Seri Melaka tutup. Tapi sedap jugak makan kat kedai baru nie. Terubuk bakar dia siap aku tambah lagi. Boleh terus maintain port kat sini untuk tahun seterusnya.

Selepas habis berbuka puasa di Medan Ikan Bakar Jalan Istana, kami meneruskan perjalanan ke Sogo dan Jalan Masjid India. Jay & Epi tak ikut. Tetapi lagi suprise bila Erul & Ida tak ikut. Kata Erul, bini dia pening. Tapi kami dapat tahu yang sebenarnya bini dia pening dengan perangai dia. Hehe.

Selepas tu kami meneruskan perjalanan ke Uptown Cheras serta destinisai terakhir di Kari Kaki Ayam yang disertai juga oleh Dik Dee & Iykin untuk bersahur.

Untuk tahun akan datang, cadangan menganjurkan aktiviti tahunan pada hari Jumaat malam Sabtu adalah diterima kerana tidak mengalami kesesakan seperti malam minggu.

Tiga gadis satu wanita

Sotong Bakar

Berehat di Masjid India

Wednesday, September 01, 2010

Kambing @ SOULed OUT


Berbuka puasa anjuran Hewlett-Packard di SOULed OUT Kuala Lumpur. Menu sampingan adalah Kambing Grill tapi aku jadikan dia menu utama aku. 4 pinggan atau 8 slice aku hentam.