Friday, September 03, 2010

Aktiviti Tahunan Puasa 2010


Aktiviti tahunan kembali lagi. Kali ini disertai oleh Adi, Lina, Aku, Azah, Wani DBKL, Erul, Ida, Jay dan Epi.

Tahun ni ada surprise yang telah menyebabkan maka semua orang kali nie berbuka lewat sedikit daripada biasa. Nasib baik Jay & Epi dah sampai dulu. Diorang tolong orderkan. Terima kasih Jay & Epi.

Kami makan di kedai lain tahun nie sebab Gerai Seri Melaka tutup. Tapi sedap jugak makan kat kedai baru nie. Terubuk bakar dia siap aku tambah lagi. Boleh terus maintain port kat sini untuk tahun seterusnya.

Selepas habis berbuka puasa di Medan Ikan Bakar Jalan Istana, kami meneruskan perjalanan ke Sogo dan Jalan Masjid India. Jay & Epi tak ikut. Tetapi lagi suprise bila Erul & Ida tak ikut. Kata Erul, bini dia pening. Tapi kami dapat tahu yang sebenarnya bini dia pening dengan perangai dia. Hehe.

Selepas tu kami meneruskan perjalanan ke Uptown Cheras serta destinisai terakhir di Kari Kaki Ayam yang disertai juga oleh Dik Dee & Iykin untuk bersahur.

Untuk tahun akan datang, cadangan menganjurkan aktiviti tahunan pada hari Jumaat malam Sabtu adalah diterima kerana tidak mengalami kesesakan seperti malam minggu.

Tiga gadis satu wanita

Sotong Bakar

Berehat di Masjid India

No comments: