Saturday, June 24, 2006

Allahyarham Kamaruddin Bin Limat


Pak Su aku telah pun kembali ke Rahmatullah dirumahnya, Taman Shah Bandar, Klang, lebih kurang jam 2.30 pagi, 19 Jun 2006. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Walaupun kehilangannya amat aku rasai, aku tetap redha kerana Allah lebih menyayanginya.

AL-FATIHAH

Friday, June 16, 2006

Detik2 Terakhir

Masuk hari nie dah 5 hari Pak Su aku berkhayal & meracau, sebut yang bukan2. Pak Su dah tak leh gerak dah. Terbaring kaku. Cuma mulut dia jer yang berkata2.

Dia sekarang nie macam berada dalam 2 alam yang berlainan. Sekejap dia kata dia kat SJMC, lepas tu kata dia kat rumah lah, kat tempat kejelah, nak naik kete lah dan macam2 lagi. Paling mengerikan ialah pakcik aku kata nenek & mak ngah aku datang melawat dia. Padahal diorang dah lama meninggal. Semalam plak dia kata ramai orang tengok dia dari tingkap. TINGKAP? Tingkat 5 tu.

Esok perancangannya nak bawak pak su aku balik rumah dia sebab dalam minggu ni dia asyik sebut dia kat rumah. Jadi kenalah tunaikan dalam detik2 terakhir nie.

Tuesday, June 13, 2006

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 31!!!!!!

Alamak…31 dah umur aku…habislah aku….dah takda orang nak kat aku lagi…hehehe.

Semalam 12 Jun 2006 aku cuti sempena hari lahir aku yang ke 31. Celebration? Takda…dah tua, tak yah nak celebrate lagi. Aktiviti aku di hari jadi aku ialah….bangun lewat…lepas tu melepak kat IOI Mall Puchong main game. Game kesukaan aku dari dulu. Game Menyelamatkan Tuan Puteri atau dalam Bahasa Inggeris Time Crisis. Hehehe. Aku main ketiga2 version. Time Crisis I, II & III (yang terbaru). Habis duit aku main game tu. Tapi tak banyak RM10 jer. Maklumlah orang terrer.

Lepas aku puas pusing2 IOI Mall, aku pegi cyberjaya plak tapi bukan jalan2. Keje beb. Pasang power supply kat server company aku yang rosak ari tu. Walaupun aku cuti…tapi tetap kene keje macam biasa…Cuma bebas kesana kemari.

Malam pulak aku macam biasalah, SJMC. Tanggungjawab dan pengorbanan.