Tuesday, June 13, 2006

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 31!!!!!!

Alamak…31 dah umur aku…habislah aku….dah takda orang nak kat aku lagi…hehehe.

Semalam 12 Jun 2006 aku cuti sempena hari lahir aku yang ke 31. Celebration? Takda…dah tua, tak yah nak celebrate lagi. Aktiviti aku di hari jadi aku ialah….bangun lewat…lepas tu melepak kat IOI Mall Puchong main game. Game kesukaan aku dari dulu. Game Menyelamatkan Tuan Puteri atau dalam Bahasa Inggeris Time Crisis. Hehehe. Aku main ketiga2 version. Time Crisis I, II & III (yang terbaru). Habis duit aku main game tu. Tapi tak banyak RM10 jer. Maklumlah orang terrer.

Lepas aku puas pusing2 IOI Mall, aku pegi cyberjaya plak tapi bukan jalan2. Keje beb. Pasang power supply kat server company aku yang rosak ari tu. Walaupun aku cuti…tapi tetap kene keje macam biasa…Cuma bebas kesana kemari.

Malam pulak aku macam biasalah, SJMC. Tanggungjawab dan pengorbanan.

No comments: