Thursday, October 16, 2008

Aidilfitri 2008

Tahun ini aku beraya dengan baju melayu yang sama. Dah 8 tahun pun, masih muat. Mak aku punya lah kesian kat aku sampai dia bagi baju raya abah yang lama dulu. Hehehe. Tapi aku pakai baju aku nie gak.

Raya tahun nie ada konflik sikit. Abah taknak balik Melaka atas alasan tak larat nak jalan jauh. Memang abah dah tak kuat pun kaki dia, cepat lenguh dan penat bila berjalan. Tapi bila aku balik, sempat gak dia gi keluar jalan2 bawak kete sendiri. Alasan lah tu takmo balik Melaka (cakap dalam hati jer). Mak plak terpaksa ikut abah.

Hadiah raya kali nie untuk anak2 buah aku, aku bawak diorang semua pegi Toy R Us. Rambang mata diorang nak pilih toy, tapi seperti biasa yang lelaki pilih kereta kontrol dan yang pompuan pilih teddy bear. Tapi bila balik, tak kira lelaki ke pompuan, sama jer bergasak main kete kontrol.

Pagi raya aku di Johor Bahru. Boring betul takda orang. Along dah balik malam semalam. Tinggallah aku ngan Icham jer. Last last, aktiviti merepair kete abang aku di pagi raya sebab dia nak balik Terengganu. Lepas dah selesai repair, abg aku pun balik lah kampung mertua dia. Oleh kerana itu aku dengan sungguh2 memujuk dan dengan jayanya abah setuju balik Melaka. Dapatlah aku beraya di Melaka selama 24jam. Hehe.

Hari Jumaat malam aku balik semula ke Melaka sebab family Mak Su balik Melaka gak. Tapi diorang naik bas dari Klang. Jadi tugas aku untuk bawak diorang balik semula ke Klang hari Sabtu.

Puasa 6 aku buat seperti biasa walaupun masih ada orang yang pelik melihat aku mula berpuasa pada hari raya kedua.

Apa2 pun Selamat Hari Raya Aldilfitri untuk semua. Maaf Zahir dan Batin.

2 comments:

Yun said...

Selamat Hari Raya BRO!..angpau raya xdek ka?

motif cakap baju 8 taun masih muat..nak ckp masih maintain tak gemoks lagi 2..

apsal xckp nk G toys r us..leh celah mintak games "RISK"!

Mayat said...

Ari tu masa abg balik melaka taknak mintak angpau.

Memang tujuan utama nak cakap masih maintain macam dulu....heheh.

Nak mintak game "Risk"! boleh, tunggu raya tahun depan lah.