Saturday, December 10, 2005

Kemana Arah

Lama sungguh aku tak update blog aku nie. Macam-macam berlaku tapi tak sempat nak tulis. Antaranya termasuk lah...masih menciwi hp baru aku...amik gambar tak tentu hala. Maklumlah tak penah guna hp ada camera. Hehehe.

Minggu lepas aku balik Melaka bawak Pak Su & family. Naik storm. huh sendat. Mana tak nya. Pak Su, Mak Su & anak dia 5 orang. Nasib baik kecik2 lagi. Tu pun sesak. Barang2 tak kisah sebab letak jer kat belakang storm. Macam-macam boleh bawak. Umah pun boleh. Balik melaka saja2 jer sebab pak su aku kan sakit cancer hati & tulang belakang. Dia tak leh nak drive jauh2. So akulah anak buah kesayangan dia yang drive. Lagipun raya puasa ari tu dia balik perak umah mak su. Adik ipar dia si su & nanang drive kan. Balik 2 kete. Mak long aku plak 2 minggu lepas kerasukan. So dapatlah melawat sekali.

Aktiviti aku kat melaka? heheh..biasalah..tido...bangkit makan...lepak depan tv. Masa balik ari tu singgah gak umah mak siah, mak sedara sepupu aku. Anak sulung dia kawin. Hari ahad lak umah Atuk Abas, atuk sedara aku. Pak Hashim kawin sekali lagi. Lepas lebih kurang 8 bulan bini dia meninggal. Balik shah alam hari ahad. Sampai malam. Hari isnin aku tak larat...penat sangat...cuti ler....hehehe...

Minggu nie aku tak kemana kot. Cuma esok nak amik Firah anak Pak Aim kat UPSI bawak balik putrajaya. Minggu nie lak sure heboh kat stadium shah alam. Sure SESAK punyalah. Baik lepak umah lagi bagus.

Lupa lak, semalam aku pegi cyberjaya troubleshoot server kat sana. Masa kat sana aku duk ushyar2 building Walter Kulters hehehe...selalu kena tegur masa dulu2 salah sebut...Walter Kluwers ler...eh..betul ker? Nak gak singgah kat Food Court Cyberjaya...mana tau terserempak ngan kawan-kawan ker...hehehe

Ok lah...balik dulu...dah pagi buta dah nie...chow.

Berehat Sebentar Di KFC Jejantas Ayer Keroh
Sepupu Aku Kila
Ni Baru Separuh Dari Budak2 Kecik Kat Kampung
Anak Buah Sepupu...Intan

No comments: