Tuesday, October 17, 2006

Stress....

Hari Jumaat 13/10 Adi, Ziela, Mat Duan (Kuantan), Izal & Family dan Kak Nor & baby datang lepak umah aku. Diorang nak ikut acara tahunan aku ngan Adi. Memang dari dulu tiap kali puasa aku ngan Adi buka puasa kat luar, lepas tu pegi ronda2 Pertama Kompleks & bazaar Ramadhan kat Jalan Masjid India KL, shoping raya.

Hari sabtu kitorang berbuka puasa kat luar. Kali nie buka puasa di tempat yang sama macam tahun lepas, Medan Ikan Bakar Jalan Istana. Aku datang lambat sikit sebab menunggu si Bobz, tapi aku pegi sendiri sebab Bobz tak sempat nak balik awal.

Lepas tu kitorang pegi pertama kompleks & Jalan Masjid India. Aku biasalah, tak membeli apa2. Teman diorang jer. Geng2 pompuan ler yang sibuk menyinggah semua gerai. Lepas habis shoping, kitorang balik. Geng2 lelaki lepas tu keluar melepak lagi, tapi aku tak larat sebab penat sangat. Dah berminggu2 tak cukup tido.

Stress aku minggu lepas....dua minggu berturut2 aku tak datang kelas disebabkan tender MOE yang aku buat. Test pun aku skip. Tender MOE yang dijadualkan hantar pada Jumaat ditangguh ke hari Rabu 11/10. Malam sebelum hantar tu, berkampung semua kontraktor2 yang masuk tender MOE nie kat Putrajaya Shangri-la, termasuk lah aku, bos, ila & ain. Bukan apa, harga dari supplier belum release. Lagipun senang nak hantar sebab dekat jer.

Lega kepala aku bila tender MOE tu dah hantar. Release sikit stress nie. Tapi banyak lagi nak aku pikirkan, nak mengejar balik apa yang aku tertinggal dalam kelas. Macam tadi aku baru jer habis test dengan Presentation. memang kantoi lah...tak sempat nak study. Stress lagi aku sebab sem nie aku tak dapat nak jadi best student, sebab aku dah skip banyak quiz & 2 test. Hmmmm frust giler.....takperlah....janji tak repeat paper.

Hari sabtu lepas aku bayak Maksu & anak2 pegi shoping raya kat Jaya Jusco Bukit Raja Klang. Belikan ler budak2 tu satu set baju raya. Lepas tu kitorang berbuka puasa kat Summit Hotel USJ. Budak2 tu dah bertanya2 bila nak buka puasa kat luar. Tu yang bawak pegi Buffet Ramadhan. Murah jer kat sini RM48++ untuk dewasa dan RM28++ untuk kanak2. Makanan pun boleh tahan sedap. Lagipun aku dah tak bz. Boleh ler bawak diorang jalan2 sehari suntuk.

Aku tak tahu lah kenapa....sejak2 aku buat tender MOE tu aku rasa macam stress sangat. Rasa macam kepala nie penuh walaupun dah hantar tender. Mungkin sebab stress dengan komitmen aku yang banyak sangat, frust dengan study, frust dengan diri sendiri...tah lah...aku pun tak tau lah.....nie nak kena pegi vacation lagi nie....aaaaarrrrrghhhhhh.....

No comments: