Tuesday, October 31, 2006

Selamat Hari Raya Puasa 6

Hari nie aku raya untuk kali kedua. Aku dah berjaya habiskan puasa 6 hari dari bulan Syawal selama 16 tahun berturut-turut. Memang dah biasa aku menahan godaan sewaktu semua orang berhari raya dengan menjamu pelbagai juadah dan hidangan. Lagipun hari raya pertama dah aku bedal semua yang ada depan mata aku. Raya kedua sampai ketujuh rehat lah pulak.

Memang ramai yang hairan macam mana aku boleh puasa 6 bermula hari raya kedua. Sebenarnya trick dia senang jer. Dah sebulan puasa ramadhan. Takkan 6 hari lagi pun tak bleh. Berturut-turut lak tu. Kalau lambat start, lambatlah habis dan jadi makin malas.

Kalau dulu masa aku mula berjinak-jinak dengan puasa 6 nie, ramai yang hairan termasuk mak aku sendiri. Kena marah pun penah. Lagi best bila datang raya rumah orang, tuan rumah takyah nak hidang apa-apa. Diorang pun serba salah. Aku kata takpa, aku nak datang raya bukannya nak makan. Hehehe. Sekarang lagi best, mak aku kalau nak ajak raya rumah sedara mara, mesti abihkan hari raya pertama. Hari raya kedua boleh rilek sebab aku puasa.

Apa-apa pun untuk sesiapa yang belum abih puasa 6, selamat menjalani ibadah puasa 6 hari dari bulan Syawal.

No comments: