
Tahun ini aku & mak beraya di Alai, Melaka. Along balik Rengit dan Icham balik Terengganu. Malam raya aku bertolak balik Melaka selepas Along bertolak balik Rengit.
Raya terasa seperti biasa, rutin menziarah sedara mara terdekat saja. Aku ajak mak pegi raya, mak tak nak. Jadi kenalah teman mak jer kat rumah. Rasa macam dah tua pulak tunggu orang lain datang raya. Tungu punya tunggu, tiba2 terpacul jer Icham kat Alai pada hari raya kedua. Bertambah lah kemeriahan raya dengan kedatangan 2 hero sorang heroin.
Puasa 6 aku teruskan seperti kebiasaan. Family aku pun dah tak janggal bila aku datang raya tapi tak makan apa2.
Aku balik Shah Alam hari Jumaat malam. Balik awal sebab takut nanti lemau nak pegi keje. Lagipun taknak mengharungi jammed hari sabtu dan ahad.
Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin kepada semua.

Kete berasap - brake pad melekat.

Tunggu temp kete turun - muka tension, serabut, panas & puasa
Rumah terbuka - Zahar (sepupu : anak mak long)

Makan di Rasa Ayamas lepas ke ToyRus

Mengerjakan mainan yang di beli

Rumah Terbuka - Icham
Pegi raya ramai2 ke umah Mak Chu (takda gambar lah pulak)