Next Trip - Langkawi.
Friday, December 15, 2006
Trip to Kuantan 8-11 December 2006
Next Trip - Langkawi.
Wednesday, November 29, 2006
PETER PAN - Mungkin Nanti
Saatnya ku berkata mungkin yang terakhir kalinya
Sudahlah lepaskan semua kuyakin inilah waktunya
Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja rasa itu telah pergi
Dan mungkin bila nanti kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin saat semua disini
Dan bila hatimu termenung bangun dari mimpi2mu
Membuka hatimu yang dulu cerita saat bersamaku
Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja rasa itu telah pergi
Dan mungkin bila nanti kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin saat semua disini
Tak usah kau tanyakan lagi simpan untukmu sendiri
Semua sesal yang kau cari semua rasa yang kau beri
Thursday, November 23, 2006
Merokok didalam kawasan Hospital Klang
Sampai hospital dalam hampir pukul 9.30 malam. Lepas daftar kat kaunter depan, kena pegi tunggu kat kaunter saringan. Ada dalam lebih kurang 20 orang lain yang tengah menunggu. Setengah jam kemudian, pembantu perubatan kat kaunter saringan panggil untuk pemeriksaan sebelum jumpa Dr. Lepas tu tunggu pulak nombor giliran untuk jumpa Dr. Pukul 10.30 tak panggil, pukul 11.00 tak panggil, pukul 11.30 tak panggil, pukul 12 pun tak panggil.
At last, bini member aku nie bawak Haziq pegi tunggu betul2 depan bilik Dr. Bila jururawat (cun gak lah) lalu dan perasan baju Haziq berlumuran darah, terus dapat potong que jumpa Dr. dulu. Dah dapat jumpa Dr. baguslah boleh potong que. Tapi pukul 1.30 pagi jugak baru selesai. 3 orang Dr. buat pemeriksaan kat Haziq.
Apa yang nak aku sampaikan adalah sepatutnya pihak Hospital Klang dapat mengutamakan kes yang memerlukan tindakan segera. Ini macam tak mengutamakan kesihatan pesakit. Padahal dah buat saringan 2 kali, satu kat kaunter pendaftaran, yang kedua kat kaunter saringan. Daripada Haziq tak boleh hisap puting sampai dah boleh hisap puting. Dari bibir Haziq bengkak sikit sampai dah jadi rupa anak Negro.
Kalau tak cukup Dr. untuk rawatan klinik sebelah malam, tambah lah. Hospital punyalah besar, 2 orang Dr. jer yang ada.
Dalam aku nak mengisi masa menunggu giliran, aku baca artikel & poster yang ada terlekat disekitar kawasan klinik. Banyaklah artikel tentang kanser, permakanan seimbang, stress, bahaya merokok dan lain-lain. Baguslah artikel & poster ni, nampak pihak hospital memang amat prihatin dan mementingkan penjagaan kesihatan semua orang. Tapi dalam mempromosikan penjagaan kesihatan tersebut, pihak hospital seharusnya memperbaiki perkhidmatan yang diberi kepada golongan yang hanya mampu pergi ke hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan.
Sekiranya anda merokok didalam kawasan hospital, adakah pihak hospital akan memberi rawatan kepada anda dan penghidu asap rokok seberapa segera kerana merokok membahayakan kesihatan. Atau hanya memarahi anda kerana merokok didalam kawasan hospital.
Wednesday, November 08, 2006
Anak2 Saudara
Tuesday, October 31, 2006
Selamat Hari Raya Puasa 6
Sunday, October 29, 2006
Selamat Hari Raya 2006
Tahun nie aku rasakan suasana raya tu macam takda, tah kenapa. Mungkin salah satu sebab ialah dalam keluarga baru jer kehilangan sorang ahli. Lagi satu aku tengok kat kampung nie pun macam tak meriah jer. Tak dengar pun suara budak2 gembira dan bergurau senda. Bunga api & mercun pun diorang tak main. Kemana hilangnya suasana hari raya seperti zaman kanak2 aku dulu. Nie semua sebenarnya pengaruh TV. Macam-macam rancangan yang telah diatur sempena hari raya yang membuatkan semua orang terpaku depan TV. Mungkin...
Aku balik Shah Alam semula hari Jumaat malam. Aku memang dah plan nak balik awal sebab takut tersangkut dalam jem kalau balik sabtu atau ahad. Lagipun minggu depan aku dah start exam. Kenalah study sebelum naik keje. Nanti dah keje susah nak study.
Oklah aku nak pegi beli makanan untuk berbuka kat Pasar Syawal (Kedai Mamak). Hari nie aku dah puasa ke 5. Tinggal satu hari lagi iaitu esok untuk aku habiskan puasa 6.
Tuesday, October 17, 2006
Stress....
Lega kepala aku bila tender MOE tu dah hantar. Release sikit stress nie. Tapi banyak lagi nak aku pikirkan, nak mengejar balik apa yang aku tertinggal dalam kelas. Macam tadi aku baru jer habis test dengan Presentation. memang kantoi lah...tak sempat nak study. Stress lagi aku sebab sem nie aku tak dapat nak jadi best student, sebab aku dah skip banyak quiz & 2 test. Hmmmm frust giler.....takperlah....janji tak repeat paper.
Hari sabtu lepas aku bayak Maksu & anak2 pegi shoping raya kat Jaya Jusco Bukit Raja Klang. Belikan ler budak2 tu satu set baju raya. Lepas tu kitorang berbuka puasa kat Summit Hotel USJ. Budak2 tu dah bertanya2 bila nak buka puasa kat luar. Tu yang bawak pegi Buffet Ramadhan. Murah jer kat sini RM48++ untuk dewasa dan RM28++ untuk kanak2. Makanan pun boleh tahan sedap. Lagipun aku dah tak bz. Boleh ler bawak diorang jalan2 sehari suntuk.
Aku tak tahu lah kenapa....sejak2 aku buat tender MOE tu aku rasa macam stress sangat. Rasa macam kepala nie penuh walaupun dah hantar tender. Mungkin sebab stress dengan komitmen aku yang banyak sangat, frust dengan study, frust dengan diri sendiri...tah lah...aku pun tak tau lah.....nie nak kena pegi vacation lagi nie....aaaaarrrrrghhhhhh.....
Wednesday, September 27, 2006
Ramadhan 2006
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna. Agar dapat ku lalui dengan sempurna.
Selamat berpuasa.
Thursday, August 31, 2006
Selamat Hari Merdeka ke 49
Masih ramai lagi rakyat Malaysia yang masih tak sedar betapa pentingnya kemerdekaan negara. Bukan sahaja orang muda, malah golongan separuh abad pun sama juga. Masih lagi meraikan kemerdekaan negara di pusat-pusat hiburan, pusat-pusat karoke, kelab dangdut dan sebagainya.
Adakah kemerdekaan negara akan terus dipertahankan sekiranya pemikiran rakyatnya masih sebegini.
Selamat Hari Merdeka.
Tuesday, August 29, 2006
Suatu Rahmat
Friday, August 11, 2006
Perubahan
Macam-macam yang berlaku dalam family paksu aku. Anak-anak dia masing-masing nampak ketara perubahan. Kenakalan mereka menjadi-jadi. Kalau dulu, nakal-nakal pun masih boleh ditegur dan dinasihat. Tapi sekarang jadi tak terkawal. Kalau nak sesuatu pulak tu, akan minta dan merengek dan mengamuk sampai dapat. Ada satu hari tu, aku bawak maksu dan 3 orang anak dia pegi jalan-jalan kat Jaya Jusco Bukit Raja, Klang. Bila sampai kat tempat permainan kanak-kanak, anak maksu yang ke-empat iaitu Kila nampak basikal, dia nak basikal, tapi maksu tak bagi. Kata nanti lain kali beli. Tapi dia nak jugak. Sampai tarik baju maksu, meraung-raung nak basikal depan orang ramai sampai lah ke kereta. Dah masuk kereta, tak abih lagi merengek dengan mengamuk. Last-last belikan lah jugak basikal kat kedai basikal biasa dekat dengan rumah. Biasa aku tengok anak orang lain meraung-raung kat shopping kompleks. Kali nie kena kat aku pulak. Baru aku dapat rasakan betapa tertekannya jadi parent.
Saturday, June 24, 2006
Allahyarham Kamaruddin Bin Limat
Friday, June 16, 2006
Detik2 Terakhir
Dia sekarang nie macam berada dalam 2 alam yang berlainan. Sekejap dia kata dia kat SJMC, lepas tu kata dia kat rumah lah, kat tempat kejelah, nak naik kete lah dan macam2 lagi. Paling mengerikan ialah pakcik aku kata nenek & mak ngah aku datang melawat dia. Padahal diorang dah lama meninggal. Semalam plak dia kata ramai orang tengok dia dari tingkap. TINGKAP? Tingkat 5 tu.
Esok perancangannya nak bawak pak su aku balik rumah dia sebab dalam minggu ni dia asyik sebut dia kat rumah. Jadi kenalah tunaikan dalam detik2 terakhir nie.
Tuesday, June 13, 2006
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 31!!!!!!
Semalam 12 Jun 2006 aku cuti sempena hari lahir aku yang ke 31. Celebration? Takda…dah tua, tak yah nak celebrate lagi. Aktiviti aku di hari jadi aku ialah….bangun lewat…lepas tu melepak kat IOI Mall Puchong main game. Game kesukaan aku dari dulu. Game Menyelamatkan Tuan Puteri atau dalam Bahasa Inggeris Time Crisis. Hehehe. Aku main ketiga2 version. Time Crisis I, II & III (yang terbaru). Habis duit aku main game tu. Tapi tak banyak RM10 jer. Maklumlah orang terrer.
Lepas aku puas pusing2 IOI Mall, aku pegi cyberjaya plak tapi bukan jalan2. Keje beb. Pasang power supply kat server company aku yang rosak ari tu. Walaupun aku cuti…tapi tetap kene keje macam biasa…Cuma bebas kesana kemari.
Malam pulak aku macam biasalah, SJMC. Tanggungjawab dan pengorbanan.
Tuesday, May 30, 2006
Tiada Jawapan
Hari isnin lepas aku ambil separuh hari. Pagi-pagi aku pegi hantar anak pak su yang sulung, Ikmal pegi Kem Remaja Belia 2006 kat Banting, Klang. 4 hari 3 malam dia akan berada kat sana. Kursus tu hanya untuk anak-anak staff TNB tajaan Yayasan TNB.
Tengah minum pagi
Horey…kursus dah bermula
Tuesday, May 23, 2006
Uptown Shah Alam
Sabtu malam ahad baru nie, aku pegi UPTOWN baru. Nama dia UPTOWN Seksyen 24 Shah Alam. Lepas aku hantar mak su aku balik klang, aku terus bergegas kesana. Dah lama dah aku nampak banner uptown shah alam. Cuma belum berkesempatan nak pegi jer.
Pergh, happening giler kat sana. Ramai sangat sampai parking pun tak cukup. Masa aku sampai, ada live band tengah main, so ramai lah mat2 moto melepak. Rimas lak aku.
Pusing punya pusing, aku berenti kat satu kedai….hehehe….kedai minyak wangi. Dah lama dah aku cari minyak wangi ni, tak jumpa2. Akhirnya pencarian aku berakhir disini. Nak beli yang original, tak mampu. Jadi cukup ler yang campuran ni. Nak tau minyak wangi apa? Hehehe, Davidoff Cool Water.
Friday, May 19, 2006
Mak Sue
Minggu lepas.
Pak Su : Adik kawin jer lah dengan usu tu.
Aku : Gulppp…huh…
Pak Su : Senang….budak2 pun dah biasa dengan korang.
Aku : Takpa lah busu…biarlah usu tu. Pandailah dia carik sendiri. Dia dah besar.
Sejak pak su aku cakap camtu. Orang2 lain pun start bercakap camtu gak. Jawapan aku sama jer. Hehehe…
Usu tu sebenarnya ialah adik ipar pak su aku yang paling kecik sekali. Aku start kenal dia masa mula2 aku datang shah alam dulu. Masa aku semester 1 kat ITM Shah Alam, aku tinggal dengan pakcik aku. Si usu ni plak dulu rajin balik umah pak su aku bila masa cuti sem (dia matrix UIA). Bila masuk semester 2 aku pindah umah, tinggal ngan member2 aku. So kitorang jarang jumpa. Sekali sekala jer bila aku datang umah pak su. Aku dah anggap dia macam adik aku. Tapi aku panggil dia Mak Sue gak, sebab dia bongsu dalam family dia. Lagipun kalau diikutkan pangkat dalam keluarga, memang aku kena panggil dia makcik.
Si usu nie plak dulu penah dikecewakan lelaki. Lepas dia tunang, barulah dia tahu mamat tu duda anak 2. Kekeke….kelakor giler bila mak su aku citer pasal dia. Sejak tu dia susah sikit nak percaya ngan lelaki nie. Semua lelaki yang nak kat dia, dia tolak bulat2. Aku plak memang kecewa dengan pompuan. So….padan muka kitorang. Hehehe.
Apa2 pun…aku takmo pikir dah pasal kahwin. Sampai jodoh, kahwin. Tak sampai jodoh, aku cari jer anak angkat untuk aku bela…tak pun aku jaga jer lah anak2 pak su aku yang 5 orang nie.
Aku & Mak Sue di Medan Ikan Bakar Umbai Pernu, Melaka
Wednesday, April 19, 2006
Macam-macam ada
Projek pemasangan peralatan kat sekolah2 dah selesai. Lega sikit kepala aku nie. Tak sempat nak berehat…ada lak projek lain…takper lah…dah namanya kerja.
Paksu aku dah masuk wad di Subang Jaya Medical Center. 2 minggu lepas, ambulan dari melaka hantar paksu aku ke SJMC. Terbaring lah paksu aku kat wad tu. Tugasan aku sekarang untuk melawat paksu aku hari2 lepas kerja. Dekat jer dari umah aku. Mak su aku memang jadual harian dia lepas keje terus pegi. Nanti bila aku sampai malam…aku hantar maksu aku balik klang. Weekend pulak, aku bawak anak2 paksu aku gi melawat ayah diaorang. Kat umah mak su aku dah tak bimbang lagi sebab dah 4 hari orang gaji Indonesia sampai. Nampak ok jer. So hal anak2 dia…boleh lah dia lepaskan sikit2 kat orang gaji nie.
Aku pulak….hehehe…semalam start exam paper intro…semua mengeluh…aku lagi lah..mana sempat study…malam sebelum exam tu aku tido peluk nota, lawak betul aku, macam zaman dulu2 lak. Minggu depan 27/04 ada satu lagi paper. Lepas tu last paper minggu satu lagi 2/5. Lepas tu…cuti…ekekeke…
Ok lah…aku nak gi SJMC amik maksu aku.
p/s – “Love without marriage” – is it last long.
Tuesday, March 21, 2006
Rompakan Geng Palembang
Lebih kurang jam 3.15 pm. Aku ngan Samat keluar dari bank, kemudian terus mengala balik ke opis. Tiba2 tayar sebelah belakang kiri kete samat bocor. Kami parking di tepi jalan besar. Aku letakkan beg aku tu di bahagian kaki kerusi depan tempat aku duduk. Aku ngan Samat pun tukar ler tayar tu dengan tayar spare. Masa aku tengah nak buka tayar yang bocor tu, aku ada rasa tak sedap hati sikit. Aku jengah dalam kereta sambil berpikir selamat ker duit tu. Aaaarrghhh takperlah…sekejap jer. Aku sambung buka nat tayar. Lepas tu aku dengar pintu kete kena buka, bila aku jengah, ada mamat mana tah dah tarik beg aku tu melalui pintu sebelah pemandu dan lari dengan menaiki moto bersama dengan sekongkolnya. Samat cuba kejar tapi, moto tu dah pergi jauh. Aku tak dapat camkan no moto sebab ada sebuah kereta Kembara follow rapat dengan belakang moto tu lepas diorang lari. No plet kembara tu pun aku tak dapat nak camkan. Maklumlah, tergamam masa tu.
Aku ngan Samat lepas ganti tayar bocor tu terus pergi Balai Polis USJ 8 buat laporan dan ke Balai Polis SS17 Subang Jaya untuk jumpa pegawai penyiasat.
Lepas tu kitorang balik opis. Tension betul aku. Tapi tak leh nak tunjukkan. Kene simpan dalam hati. Kawan2 pun cuba membantu menceriakan aku. Tapi memek muka memang gembira…tapi hati siapalah yang tahu.
Aaarghhh…detik bersejarah….
Friday, March 17, 2006
Projek dah abih & Paksu
Dah seminggu dah rilek nie. Maklumlah cuti sekolah. Kitorang pun cuti gak. Sekarang nie tengah tunggu Projek Maintenance untuk Peralatan yang dah abih warranty dan beberapa projek lagi yang bos kata nak masuk. Hmmm…bagus…boleh aku kurangkan cuti lepas tu bawak ke tahun hadapan. Asyik bawak ketahun depan jer cuti aku…lama2 jadi juara kumpul cuti…
Minggu lepas aku hantar Pak Su dengan anak2 dia balik melaka. Pak Su aku nak berubat kampong, kene plak cuti sekolah, jadi biarlah budak2 tu tinggal kat kampong seminggu. Esok aku balik melaka lagi. Nak bawak anak2 Pak Su balik Klang. Hari isnin nak sekolah.
Tadi Mak Su telefon. Kata Pak Su aku bertambah teruk. Tak boleh nak jalan dah. Menurut kata orang, Pak Su aku kene santau angin dari muda2 dulu. Dah lama dah benda tu dalam badan Pak Su aku rupanya. Sekarang barulah dia menunjukkan kuasa dia. Kata Dr. Kamal kat SJMC plak, cancer hati & tulang Pak Su aku dah main teruk. Hmmm…pening aku nak percaya mana satu. Jadi esok Pak Su aku terpaksa lah tinggal kat kampong lagi untuk teruskan rawatan. Aku bawak Mak Su aku & anak2 dia jer balik Klang. Sian Mak Su aku, nak kene uruskan budak2 tu sorang2. Nak keje lagi….hmmm…
Takperlah Pak Su…sabar lah, adik akan tolong Pak Su sedaya upaya. Kita berserah saja pada Allah. Adik doakan Pak Su beransur pulih dan ceria macam dulu2.
Monday, February 13, 2006
Anggota RELA dan samseng jalan kebun yang kurang ajar
Dalam letihnya diorang tu, ada pulak jadi satu kes. Hari sabtu malam 11/2/2006. 2 orang anggota RELA jalan Kebun bersama mat-mat moto yang rasa diorang samseng sangat kat jalan kebun tu. (ches) menyerbu masuk rumah budak technician aku nie. Kes dia sebenarnya camnie. Masa awal2 budak2 technician aku nie masuk rumah tu, ada lah diorang buat salah kecil, Mensiulkan anak dara jiran belakang rumah. Bapak dia marah lah. Tapi anak dara dia nie gatal gak. Melambai2 ngan tunjuk lambang Peace kat budak2 nie. Tapi aku dah settlekan dah hal tu.
Nie timbul pulak kes bising. Biasalah budak2 bujang kalau dah satu rumah dalam 20 orang, mestilah riuh. Tapi sebenarnya masih terkawal.
Nak dijadikan cerita, malam tu jiran belakang rumah aku nie dah mengamuk terjerit2 suruh budak2 nie diam sebab bisig. Padahal semua orang rilek jer. Tak bising pun. Mungkin sebab bini dia period kot. Tu yang angin dia satu badan. Lepas dia dah tak jerit2 lagi, tiba2 datang 2 anggota RELA jalan Kebun dan budak2 jalan kebun yang tah berapa ramai menyerbu masuk rumah technician aku nie, dah tanpa cakap apa2, terus sepak, tumbuk dan terajang budak dalam rumah. Lepas tu dia dera budak2 nie jalan itik sampai kerumah jiran belakang. KURANG AJAR. Aku masa tu ada kat opis dan bila dapat tau budak2 aku kena belasah, terus aku pegi balai polis Kota Kemuning buat aduan. Bila aku dgn polis sampai, RELA dengan budak2 jalan kebun tu dah balik. Lepas bincang2 dengan polis, budak2 aku yang kena belasah nie pegi buat report polis. Lepas tu aku bawak diorang pegi hospital klang buat medical check-up. Pukul 8 pagi baru aku balik opis. Tido sampai petang.
Hari nie pulak aku teman bini bos untuk buat report pasal kesalahan ceroboh rumah. Lepas tu bawak balance yang kena dera dalam rumah tu buat report gak. Dah settle semua, aku pindahkan plak diorang kerumah baru. Aku dapat sewa 3 rumah flat kat puncak alam. Tinggallah diorang dengan aman kat sana.
Pengajaran dari kes nie, jangan lah sesiapa pun menyalahguna kuasa yang sebenarnya kuasa tu tak sebesar mana pun. Buruk padahnya. Tak lama lagi sesiapa yang pandai2 buat undang2 sendiri tu terpaksalah menjawab dengan pihak yang betul2 berkuasa.
Satu lagi, masa kejadian tu aku bukannya taknak pegi sendiri tolong diorang. Aku paham siapa diri aku, aku tak boleh tengok benda macam nie jadi. Kalau aku datang sendiri, mesti jadi pergaduhan besar. Cukup lah dnegan pengalaman aku dulu kena masuk lokap sebab belasah orang berserta kesalahan cubaan membunuh. Takmo jadi sekali lagi.
Buat technician aku, aku minta maaf sebab tak dapat nak tolong masa korang kena tu. Tapi aku akan cuba sedaya upaya untuk bawa orang2 yang kurang ajar tu ke muka pengadilan.
Ok. Till next story.
P/S – Oit budak umah aku, jangan jadikan rumah kita banjir lagi. Hehehe.
Wednesday, January 18, 2006
Projek dah start
Seperti kebiasaan…aku akan di hantar kemana2 saja projek yang projek manager dia macam dah tak terhandle…biasalah aku kan penyelamat…mana yang rasa perlukan guidance dari aku, aku akan take over the lead.
Semalam aku balik umah pukul 4 pagi. Tido dalam 2 jam jer. Lepas tu pegi opis balik sampai lah sekarang tak rehat lagi. Petang tadi pegi gak kelas ngan komeng. Letih aku tahan mata dalam kelas. Ngantuk giler.
Hari nie aku baru start belajar VB6.0….makan jagalah korang…bermulalah aku bergelar programmer. Hehehehe.
Monday, January 09, 2006
Selamat Tahun Baru & Selamat Hari Raya Aidil Adha
Kat mana aku sambut tahun baru ek....lupa lah...oh ya...aku sambut tahun baru di PD...aku memang jenis tak sambut tahun baru tiap tahun. Ada 2 hari dalam setahun aku tak akan keluar umah. Satu, malam merdeka. Satu lagi malam tahun baru. Reason. Jem dan aku rimas bila ramai2 dan berhimpit2.
Tapi kali nie aku pilih tempat strategik tak berhimpit2...hehehe PD...lepak sana 2 hari...layan diri. Sempat gak aku tengok umah aku kat Tiara Beach Resort. Sayang sungguh tak dapat lepak sana sebab dah penuh....hmmmm...
Esok rayer haji wei...pesal apa aku duk opis lagi.....uwaaaa......al-maklumlah...raya haji kena hari selasa....so hari nie isnin aku keje...lagi pun memang dah start keje banyak sebab satu PO dari TSI dah masuk jumaat lepas...bos plak suh aku monitor...so kenalah aku jadi monitor LCD 17 inci. ekekeke.
Oklah selamat tahun baru dah selamat hari raya. Chow.