Thursday, August 31, 2006

Selamat Hari Merdeka ke 49

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 49. Dah 49 tahun Malaysia merdeka, bermakna dah 49 tahun malaysia mentadbir negara ini mengikut cara sendiri. Tapi setakat ini adakah anak-anak muda Malaysia faham erti kemerdekaan sebenar. Aku sendiri masih lagi tak dapat merasakan dan memahami erti kemerdekaan disebabkan aku ini anak merdeka. Bukannya pejuang kemerdekaan.

Bagaimana harus anak-anak muda Malaysia memahami erti kemerdekaan sebenar. Adakah dengan penganjuran 'countdown merdeka' berserta konsert kemerdekaan boleh membuatkan mereka faham dan mendalami simbolik disebalik kemerdekaan. Atau penganjuran majlis seperti ini hanya membuatkan mereka lebih leka dan seronok dengan hiburan.

Masih ramai lagi rakyat Malaysia yang masih tak sedar betapa pentingnya kemerdekaan negara. Bukan sahaja orang muda, malah golongan separuh abad pun sama juga. Masih lagi meraikan kemerdekaan negara di pusat-pusat hiburan, pusat-pusat karoke, kelab dangdut dan sebagainya.

Adakah kemerdekaan negara akan terus dipertahankan sekiranya pemikiran rakyatnya masih sebegini.

Selamat Hari Merdeka.

No comments: