Syifa, nama anak arwah pak su aku yang kelima (bongsu). Mak Su aku mengandungkan Syifa semasa arwah baru mendapat tahu yang dia mengidap cancer. Tak dapat berfikir apa lagi, cuma terbayang bagaimana nasib anak ini yang akan membesar tanpa belaian kasih seorang ayah.
Kelahirannya ke dunia ini dalam bulan Ramadhan tahun 2004 amat mudah. Mak Su aku tidak menghadapi masalah dan kesakitan sewaktu melahirkannya secara normal. Malahan arwah tidak pula merasa sakit untuk berjalan dan berdiri lama. Arwah boleh menghantar isterinya sendiri ke hospital dan menunggu sehingga bersalin dan keluar dari hospital.
Itulah rahmat dan pertolongan yang Maha Esa kepada keluarga ini. Syifa lahir membawa keceriaan kepada keluarga ini yang dalam kedukaan. Tapi Syifa tak sempat nak merasa timangan seorang ayah. Dia ditinggalkan membesar bersama belaian abang-abangnya.
Pada mulanya Syifa amat takut dengan aku. Tapi lama kelamaan dia mesra dengan aku. Mungkin dia dahagakan kasih sayang seorang ayah. Jadi aku cuba memberikan sedikit kasih sayang seperti seorang ayah kepadanya.
No comments:
Post a Comment