Hmmm...lama dah tak update blog aku nie. Sejak paksu meninggal dunia aku jadi bertambah sibuk. Sibuk dengan kerja, sibuk dengan family paksu sampai masa untuk diri sendiri pun aku susah nak luangkan. Dah hampir 2 bulan paksu tiada. Kehilangannya masih dirasai oleh semua orang dan macam tak percaya yang paksu aku dah tiada di dunia ini.
Macam-macam yang berlaku dalam family paksu aku. Anak-anak dia masing-masing nampak ketara perubahan. Kenakalan mereka menjadi-jadi. Kalau dulu, nakal-nakal pun masih boleh ditegur dan dinasihat. Tapi sekarang jadi tak terkawal. Kalau nak sesuatu pulak tu, akan minta dan merengek dan mengamuk sampai dapat. Ada satu hari tu, aku bawak maksu dan 3 orang anak dia pegi jalan-jalan kat Jaya Jusco Bukit Raja, Klang. Bila sampai kat tempat permainan kanak-kanak, anak maksu yang ke-empat iaitu Kila nampak basikal, dia nak basikal, tapi maksu tak bagi. Kata nanti lain kali beli. Tapi dia nak jugak. Sampai tarik baju maksu, meraung-raung nak basikal depan orang ramai sampai lah ke kereta. Dah masuk kereta, tak abih lagi merengek dengan mengamuk. Last-last belikan lah jugak basikal kat kedai basikal biasa dekat dengan rumah. Biasa aku tengok anak orang lain meraung-raung kat shopping kompleks. Kali nie kena kat aku pulak. Baru aku dapat rasakan betapa tertekannya jadi parent.
Tapi dalam ramai-ramai anak maksu, yang paling ketara perubahan ialah Iqmal, anak sulung. Dia jadi murung dan sensitif, cepat terasa bila ditegur. Tapi bagusnya dia automatik jadi ketua keluarga walau tak disuruh dan baru berumur 11 tahun. Dia jaga adik-adik dia. Dia jaga ibu dia. Kalau ibu dia balik keje lambat, dia sentiasa telefon nak tau ibu dia kat mana. Cuma kadang-kadang dia cakap dia tension, tapi tak tahu kenapa. Rindu kat ayah dia lah tu.
Dirumah pula orang gaji baru dah sampai. Orang gaji lama dihantar balik sebab sakit gaut. Keadaan rumah dah tak perlu dirisaukan lagi sebab orang gaji baru nie lebih cekap dan rajin berbanding yang lama.
Aku pulak, bz macam selalu. Projek banyak pulak masuk. Tak menang tangan nak buat. Nasib baik teamwork kitorang bagus. Kalau tak, abih ler aku.
1 comment:
muka nampak matang.........i like it
Post a Comment