Sunday, October 29, 2006

Selamat Hari Raya 2006

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2006 untuk semua. Maaf Zahir dan Batin.

Hari raya kali ini company aku bagi cuti lama. Tak macam tahun-tahun yang lepas, tak boleh cuti lama2 sebab kena standby untuk projek yang nak masuk dan tengah berjalan. Tapi kali ni cuti seminggu...yeaaahhhh......

Aku seperti raya yang terdahulu...beraya di Melaka rumah Mak Long (Mak Limah). Tapi aku balik JB dulu untuk ambil Mak & Abah beraya di Melaka. Tahun nie Along & Icham beraya di kampung mertua masing2. Along beraya di Rengit, Batu Pahat. Icham lak beraya di Wakaf Tengah, Terengganu. Aku plak jadi drebar Mak & Abah. Hehe.

Tahun nie aku rasakan suasana raya tu macam takda, tah kenapa. Mungkin salah satu sebab ialah dalam keluarga baru jer kehilangan sorang ahli. Lagi satu aku tengok kat kampung nie pun macam tak meriah jer. Tak dengar pun suara budak2 gembira dan bergurau senda. Bunga api & mercun pun diorang tak main. Kemana hilangnya suasana hari raya seperti zaman kanak2 aku dulu. Nie semua sebenarnya pengaruh TV. Macam-macam rancangan yang telah diatur sempena hari raya yang membuatkan semua orang terpaku depan TV. Mungkin...

Hari raya ketiga aku balik JB semula. Pergi & balik aku ikut jalan lama air hitam - melaka. Saja ikut jalan lama, nak tengok apa perubahan dan pembangunan yang ada serta nak mengembalikan nostalgia lama terutama bila melalui Sekolah Menengah Sains Muar. Tapi padahnya ikut jalan lama ialah jem terutama sekali kat Bandar Batu Pahat. Sebabnya ialah orang masih lagi beraya, jalan kecil, kereta banyak dan juga banyak sangat traffic light. 6 jam dari Melaka ke Johor Bahru. Letih aku.

Aku balik Shah Alam semula hari Jumaat malam. Aku memang dah plan nak balik awal sebab takut tersangkut dalam jem kalau balik sabtu atau ahad. Lagipun minggu depan aku dah start exam. Kenalah study sebelum naik keje. Nanti dah keje susah nak study.

Oklah aku nak pegi beli makanan untuk berbuka kat Pasar Syawal (Kedai Mamak). Hari nie aku dah puasa ke 5. Tinggal satu hari lagi iaitu esok untuk aku habiskan puasa 6.

No comments: