Wednesday, April 19, 2006

Macam-macam ada

Macam-macam perkara dah berlaku selepas kejadian rompakan tempoh hari. Aku macam dah takda mood nak kerja. Macam dah jemu dengan kerja aku sekarang. Aku dah rasa macam dah tiba masanya untuk aku tukar kerja lain atau berniaga sendiri macam dulu.

Projek pemasangan peralatan kat sekolah2 dah selesai. Lega sikit kepala aku nie. Tak sempat nak berehat…ada lak projek lain…takper lah…dah namanya kerja.

Paksu aku dah masuk wad di Subang Jaya Medical Center. 2 minggu lepas, ambulan dari melaka hantar paksu aku ke SJMC. Terbaring lah paksu aku kat wad tu. Tugasan aku sekarang untuk melawat paksu aku hari2 lepas kerja. Dekat jer dari umah aku. Mak su aku memang jadual harian dia lepas keje terus pegi. Nanti bila aku sampai malam…aku hantar maksu aku balik klang. Weekend pulak, aku bawak anak2 paksu aku gi melawat ayah diaorang. Kat umah mak su aku dah tak bimbang lagi sebab dah 4 hari orang gaji Indonesia sampai. Nampak ok jer. So hal anak2 dia…boleh lah dia lepaskan sikit2 kat orang gaji nie.

Aku pulak….hehehe…semalam start exam paper intro…semua mengeluh…aku lagi lah..mana sempat study…malam sebelum exam tu aku tido peluk nota, lawak betul aku, macam zaman dulu2 lak. Minggu depan 27/04 ada satu lagi paper. Lepas tu last paper minggu satu lagi 2/5. Lepas tu…cuti…ekekeke…

Ok lah…aku nak gi SJMC amik maksu aku.


p/s – “Love without marriage” – is it last long.

No comments: