Cuti sekolah kali nie aku bawa family mak su pegi vacation di Kuantan. Kami bertolak ke Kuantan hari Jumaat 8/12/2006 dan terus check-in di The Legend Resort Cherating. Kami ambil 2 bilik yang inter-connect. RM120 satu bilik (nasib baik dapat vaucher staff Ambank). Suasana kat sini ok lah untuk rilek2. Budak2 lagi diorang seronok sebab ada swiming pool. Mandi satu hari suntuk.
Jumaat malam kami pegi makan malam kat medan ikan bakar Tanjung Lumpur. Adi & Zila bawak kami ke sini. Masakan kat sini ok lah, boleh tahan sedap tapi ada menu yang kurang menarik sikit sebab 2 orang tukang masak kedai yang aku pegi nie tak datang. So diorang masak simple2 jer.
Hari sabtu plak aktiviti biasa, mandi kolam renang. Aku nak gak mandi laut, tapi memandangkan ombak kuat & ada obor2 tak jadi mandi. Nanti kena obor2 badan aku, huuuu 'gatel'. Petangnya pulak kami pegi Kuala Kemaman. Kalau sesiapa tahu tempat nie, mesti tahu apa hidangan yang ada. Apa lagi kalau tak Satar, Otak2 & Pais. Puas hati dapat makan, lama dah aku tak makan Satar.
Hari ahad lepas check-out kami pegi Kuala Terengganu dengan Adi & Zila. Aku bawak mak su pegi Kedai Payang. Hmmmmm....pompuan kalau dah pegi kat sini...siaplah....satu kedai jer dah makan masa sejam, sabo jer lah. Tapi tak lama kat sini sebab dah pukul 6, Kedai Payang tutup. Dalam masa yang singkat ni abih gak lah 3 ratus lebih.
Malam tu kami singgah makan plak kat Gerai 'Simple' Kemaman untuk makan malam. Menu? Nasi Lemak Simple. Kemudian kami check-in kat De Rhu Beach Resort Kuantan sebab aku tak larat nak drive balik Klang. Lagipun hari Isnin Selangor cuti, jangan jeles orang Kuantan, besday Sultan kitorang. Tq Adi & Zila sebab sudi teman kami pegi KT.
Hari Isnin kami balik semula ke tempat asal selepas bercuti selama 4 hari 3 malam. Letih dan seronok. Lagi seronok bila tengok budak2 seronok.
Next Trip - Langkawi.
No comments:
Post a Comment