Saturday, October 23, 2010

Kecurian Terbesar

Pada 21/10/2010, sewaktu aku sedang sembang-sembang tentang sony PSP dengan Asri, baru aku sedar yang kedua-dua PSP yang aku belikan untuk anak buah aku telah hilang.

Setelah aku geledah mencari barang-barang yang hilang selain daripada psp, aku dapati beberapa barang lain juga telah hilang seperti senarai dibawah.

1. Jam Casio Gshock (RM350.00)
2. Jam Casio Ediface (RM250.00)
3. PSP 2 unit (RM1,800.00)
4. CD Player Kereta (RM900.00)
5. Rantai emas bersama loket untuk hantaran kahwin (RM4,080.00)

Anggaran kerugian RM7,380.00

Setelah aku renungkan, aku dapat rasakan yang kecurian ini berlaku antara 08/09/2010 hingga 21/10/2010. Aku tak dapat mengesan kehilangan ini dari awal kerana kesemua kotak barang tersebut ada, tetapi isi dalamnya tiada. Lagi satu, sebelum aku balik raya, aku check rantai tu masih ada didalam kotak dan cincin tunang yang aku letak dalam paper bag yang sama aku bawak balik dan berikannya pada emak. Cuma rantai tersebut aku tinggalkan di rumah.

Setelah aku tilik, tiada kesan pecah masuk rumah dan bermakna ini adalah perbuatan orang dalaman. Housemate telah aku santet dan tunggu kesan sama ada bersalah atau tak. Para penumpang yang lain2 belum lagi. Aku tunggu jer dia lapor diri bersama kawan2 nya.

Aku memang panas hati sekarang nie, tapi mak dah pesan yang mak taknak aku buat benda bukan2 macam dulu sampai masuk lokap 4 hari atas kesalahan cubaan membunuh. Hehehe. Nasib baik mak dah pesan.

Untuk kawan2, harap dapat doakan aku ada rezeki lain.

Kotak Jam Casio G-Shock


Kotak Jam Casio Edifice


Casing & Kotak PSP


Bekas Rantai Emas & Loket

4 comments:

idazafri kamil said...

sudah ada toyol ka dlm itu rumah???
adoii...teruknya...
tgglkan kotak2 je....dapat tau sapa yg amik jom belasah ramai2.
dah belasah baru bg kat polis.

erol Jailbreaker said...

insyaallah ada rezeki kupon jaya jusco.

Mayat said...

Kupon dah abis daaaa....

Yun said...

sob sob...

kalo PSP tu pass kat yun dulu b4 kene curi pon berbaloi kan..hehehehee