Hari Khamis 24 Jun aku telah memasukkan diri sendiri ke KPJ Shah Alam untuk menjalani pemeriksaan Gastrik yang aku hidapi sejak kecil.
Endoscopy upper dan lower telah dijalankan pada hari Jumaat pagi oleh Pakar Gastroenterology KPJ Shah Alam, Dr. Zainal Ariffin.
Menurut kata Dr. Zainal, mekanikal perut aku adalah normal tetapi fungsi perut aku terlalu lebih bekerja menyebabkan rasa sakit yang selalu aku alami. Untuk usus pun normal dan dinasihatkan untuk tidak meneran apabila membuang air besar untuk mengelakkan pendarahan. Manakala batu dalam hempedu yang dikesan sewaktu aku membuat ultrasound isnin sebelumnya adalah tidak kritikal dan tidak memerlukan pembedahan. Alhamdulillah.
Tidak ada rawatan yang boleh Dr Zainal cadangkan untuk gastrik aku ni kecuali untuk makan ubat yang diberi untuk mengelakkan serangan.
Check-out - Jumaat (sebab dah takda apa2 yang Dr. boleh bikin)
Kena Diet...Makan Bubur Jer
Kalau berani try minum ubat nie