Monday, September 28, 2009

Hari Raya Aidilfitri 2009

Hari Raya Aidilfitri 2009 jatuh pada Hari Ahad, 20 September 2009. Buat pertama kalinya semua orang berhari raya di Johor Bahru dan pertama kali aku lihat emak menangis di pagi raya sewaktu kami beramai2 bersalaman memohon ampun dan maaf selepas menunaikan solat Aidilfitri.

Menziarahi pusara abah juga tidak dilupakan dipagi raya. Selepas itu kami semua tak kemana2, cuma duduk dirumah menemani mak agar tidak bersedih lagi.

Icham pulak baru jer mendapat anak ketiga seminggu sebelum raya, iaitu anak perempuan.

Raya kedua along sekeluarga balik Rengit dan raya ketiga icham & emak pergi menghantar kakak ipar aku & anak2 balik terengganu untuk menghabiskan pantang disana.

Aku sebenarnya raya nie tak kemana2 sebab demam tonsil dan juga luka (ulser) bahagian dalam kerongkong menyebabkan aku susah untuk menelan makanan dan juga air. Hari raya ketiga barulah aku ok sikit.

Mengerjakan mainan yang aku belikan kat Toy R Us (RM300)


Akil kepenatan

Ramadhan Terakhir

Aku berkesempatan untuk berbuka puasa bersama2 family aku untuk pertama dan terakhir kali tahun 2009 ini.

Semua adik beradik, ipar dan anak2 buah berkumpul dan berbuka bersama2.

Aktiviti Tahunan Puasa 2009

Aktiviti tahunan sempena Hari Raya tahun nie berlangsung pada 12 September 2009. Peserta yang hadir kali ini adalah Adi, Rizal, Salam, Leena, Azah, Murad & Cikgu Murni.

Tahun nie frust dengan gerai ikan bakar nie sebab ikan bakar yang kami pesan lambat sangat sampai. Dah lah lambat, half cook plak tu. Nasib baik ada orang tolong bayarkan.

Kali nie ada 4 aktiviti tambahan lain iaitu acara meniup lilin harilahir seorang budak tembam, acara parking jauh2, meronda2 di Downtown Danau Kota dan aktiviti terakhir merangkap acara membalas ke "frustan" ikan bakar tadi iaitu makan Kari Kaki Ayam kat Jalan Ipoh. Nyum....nyum.

Tahun nie merupakan aktiviti paling panjang kami anjurkan iaitu sehingga pukul 4 pagi.

Potong keklah, bukan posing.

Ramainya

Kari Kaki Ayam, Siput Sedut & Ulam



Wednesday, September 16, 2009

Jemputan Berbuka Puasa

Tahun nie ada banyak juga jemputan berbuka puasa oleh supplier seperti NEC Corporation, Samsung, HP dan Trendmicro.

Dalam banyak2 jemputan tu aku cuma datang jemputan NEC dan berbuka puasa dengan warga ITer yang ditaja oleh E-tech IT. Jemputan lain tu aku pass jer kat sapa2 yang teringin nak pegi. Bagilah kat orang lain merasa berbuka puasa sedap2 tajaan supplier. Aku dah selalu pegi pada tahun2 yang lepas. Lagipun kalau aku pegi nanti tak dapat pulak elaun makan RM5. Baik aku tak pegi. Hehe.

Pilihan utama berbuka puasa : Kambing & Udang



Kemerdekaan Dibulan Ramadhan

Kemerdekaan Malaysia yang ke 52 kali ini jatuh di dalam bulan ramadhan. Takda sambutan kemerdekaan besar-besaran kerana menghormati bulan yang mulia ini.

Aku pulak, orang lain cuti 3 hari tapi aku kerja kerana nak menyiapkan tender MOE yang tarikh tutupnya 1hb Sept 2009.

Berbuka puasa bersama En. Murad

Saturday, September 05, 2009

Jemputan Aktiviti Tahunan - 12/09/2009


Adalah Dijemput semua kawan-kawan untuk turut serta didalam acara tahunan kami yang akan diadakan pada hari Sabtu 12 September 2009.


Tempat berkumpul adalah di Sg Merbau Inn tepat jam 6 petang atau berjumpa terus di Medan Ikan Bakar Jalan Istana.


Semua yang ingin menyertai acara ini harap dapat menkompomkan diri segera.

Monday, August 10, 2009

X-RAY Tangan Kakak

08 Ogos 2009, dawai yang mengikat siku kakak telah dikeluarkan. Alhamdulillah selamat semuanya. Minggu depan pulak kakak kena jalani proses physiotherapy sehingga betul2 pulih.

X-RAY Siku


Dawai yang dimasukkan ke siku

Monday, July 27, 2009

Kakak Jatuh Basikal

Nur Aqilah aka kakak telah dimasukkan ke Hospital KPJ Shah Alam (Dahulu dikenali Selangor Medical Centre) kerana patah tangan pada hari Selasa 14 Julai 2009.

Kakak yang dalam perjalanan balik ke rumah pengasuhnya dari Sekolah Agama telah jatuh dari basikal yang dinaikinya mengakibatkan patah di dua tempat di tangan kanan.

Pembedahan dibuat pada hari yang sama. 3 urat dawai telah ikat di tangan beliau untuk menyokong kembali percantuman tulang yang patah. Alhamdulillah, semuanya selamat.

Bayangkan bagaimana susahnya menjaga kanak2 berumur 8 tahun yang menangis kesakitan bila tangannya terasa sakit. Susahnya.

Sekarang kakak dah balik rumah dan sedang belajar untuk menulis menggunakan tangan kiri. Lagi seminggu kena kembali ke hospital untuk mengeluarkan semula 3 dawai tersebut.

Bersedia untuk Pembedahan

Friday, July 03, 2009

Lif UiTM Shah Alam

Setiap kali aku nak pegi kelas CCNA di Fakulti Elektrikal UiTM Shah Alam, aku mesti kekok untuk naik lif fakulti. Sebabnya ialah butang untuk memilih tingkat mana yang kita nak pegi terletak diluar lif, bukannya di dalam lif.

Kebiasaannya kita akan menekan butang sama ada nak ke tingkat atas atau bawah dahulu diluar lif dan bila masuk dalam lif barulah kita tekan tingkat mana yang nak pergi, tapi untuk lif di fakulti ini berbeza.

Kita kena tekan dahulu tingkat mana kita nak pergi, kemudian sistem akan automatik 'route' kepada lif mana yang tak sibuk. Bila kita masuk dalam lif cuma ada butang buka & tutup lif dan butang emergency.

Sekiranya kita tersalah tingkat, kenalah keluar dulu dan tekan semula tingkat sebenar. Lif akan 'route' ke lif lain yang tak sibuk.






Tuesday, June 16, 2009

Birthday 2009

Besday kali nie aku amik cuti balik JB. Aku amik cuti hari jumaat dan 1/2 day hari khamis. Hari Khamis, naik bas dari Sek 17 Shah Alam turun Larkin. Last aku balik JB masa Raya Cine hujung bulan Januari. Kali ini balik, ada lagi surprise yang belum di invois kepada aku. Hehehe...mak dah pasang awning sampai ke pagar depan. Sungguh membangun rumah aku sekarang nie.

Di pagi besday aku, mak buat sarapan special yang lama aku tak makan, jemput2 (cekodok) dengan sambal goreng. Pergh...cukup bersyukur dapat sarapan. Biasanya makan tengahari jer. Lepas tu seharian, tido, bangun, tido, tengok Wonderpet, tgk kartun, tido....

Malam pulak aku ajak family aku untuk makan malam bersama2 di Kampung Senibong. Tempat ni last aku pegi 15 tahun dulu hanya ada gerai2 kayu menghidangkan ikan bakar, tapi sekarang dah jadi Medan Ikan Bakar macam dekat Umbai Melaka. Makan kat sini seronok sebab tepi pantai dan boleh nampak Singapura yang berada tak sampai 2 km dari situ. Tapi tak seronok ialah bayarannya seperti kita nie orang Singapura, minta diskaun singgit pun tak bagi.

Hari-hari lain, berlalu seperti biasa, duduk umah jer sebab takda kenderaan untuk aku bawa ronda2. Kenalah melayan anak2 buah aku yang kadang2 aku gustikan.

Selamat Hari Lahir yang ke 34 tahun.






Monday, May 11, 2009

A New Life


Pada 11 April 2009, housemate aku Dik Dee telah selamat disatukan dengan pasangannya iykin di Masjid Besar, Jalan Kapar, Klang. Aku tak sempat nak menyaksikan majlis tersebut kerana aku ada kelas CCNA di UiTM pada hari yang sama. Tapi aku datang sejurus selepas kelas aku berakhir.

Pada 12 April 2009 pula Majlis Resepsi telah diadakan dengan begitu meriah di Dewan Banquet Wisma MBSA Shah Alam bermula pukul 9 malam. Dan akhirnya pada 18 April 2009 majlis di rumah Dik Dee pula berlangsung di Kemaman, Terengganu.

Selamat Pengantin Baru. Moga berkekalan ke anak cucu.


Diluar Masjid Selepas Majlis Pernikahan


Berkumpul Di rumah Iykin


Majlis Resepsi


Next

Saturday, April 11, 2009

Tidur


Siapa2 yang ada masalah kurang tido atau selalu terlebih tido bolehlah datang ker Hospital Pakar Damansara.

Pusat Kajian Tidur ni bertentangan dengan kaunter jururawat. Siapa yang terlebih tido, mesti jadi kurang tido dan siapa yang tak bleh tido, boleh dilenakan oleh jururawat. Hehehe.

Thursday, April 02, 2009

Tragedi 2 April 2009

Malang tidak berbau, pokok yang disangka menjadi tempat teduhan panas matahari akhirnya rebah menghempap kereta yang selalu mendapatkan khidmatnya.

Itu yang berlaku kepada kereta proton waja ITer Niaga pada jam lebih kurang 5 petang tadi. Hujan yang turun dengan lebat berserta angin kencang telah menumbangkan sebatang pokok dan menghempap bahagian pintu kiri hadapan. Tetapi kereta waja ini telah menyelamatkan 2 lagi kereta yang parking bersebelahannya dengan menahan pokok itu terus tumbang.

Terima kasih kepada pihak Pertahanan Awam atas respon yang cepat serta membantu memotong pokok dan mengeluarkan dari tersekat di tempat letaknya.

Penyelamat datang


Proses Memotong Pokok


Yeah.....dah boleh keluar

Thursday, March 26, 2009

Mee Banjir Udang

Pada 7 Mac 2009 - aku, Kamil, Dik Dee & Ikin pegi menghadiri Majlis Perkahwinan Ita (adik Zuly & sepupu adi) di Matang, Taiping Perak. Kami berjumpa adi, yee, mak ngah & pak ngah donut di sana.

Selepas sikit lebih kurang (aku sikit, Ikin lebih) makan di majlis kenduri, kami pegi makan lagi di Port Weld yang dikenali sebagai tempat yang menghidangkan Mee Udang a.k.a. Mee Banjir Udang. Banyak dan sedap udang yang dihidangkan berbaloi dengan harga yang dibayar.

Sebelah malam pula seperti biasa, pekena Ais Krim Bomba.

Thursday, March 19, 2009

Friday, February 13, 2009

Lontong Klang


Setelah beberapa musim Adi mengidamkan makan lontong dan beberapa siri lawatan yang mengecewakan juga telah dilalui dengan penuh ketenangan, akhirnya berjaya juga mendapatkan apa yang diidamkan selama ini.

Lontong Klang, restoren yang terkenal dikalangan peminat lontong berada di Seksyen 7 lama, Shah Alam. Restoren ini buka dari 8.30 pagi hingga 10.00 malam pada hari isnin hingga khamis dan dari 8.30 pagi hingga 1.00 petang pada hari jumaat hingga ahad.

Disyorkan untuk datang awal kerana Restoren Lontong Klang ini akan tutup setelah quota lontong pada hari itu telah habis dijual.

Mari mencuba.



Sunday, January 04, 2009

Tahun 2009

Selamat Tahun Baru 2009.

Rasanya baru jer menyambut tahun baru 2008, belum sempat nak kelip dan masuk 2009. Cepat sungguh masa berlalu tanpa disedari. Apa yang dirancang tahun lalu belum tercapai, kena pulak memperbaharui dan merancang yang lain.

Semoga tahun baru ini dapat merealisasikan impian semua umat.

Kenduri Jiran Sebelah

27 December 2008, jiran sebelah umah aku buat kenduri kahwin anak sulungnya. Malam sebelumnya ada kenduri kesyukuran tapi budak umah tak pegi cume diwakilkan oleh Salam saja.

Malam tu lepas balik minum2 kat warisan-ibu, aku & adi buka pagar depan dan tepi serta keluarkan meja & kerusi makan untuk beri lebih ruangan untuk majlis esoknya.

Esok siangnya, lepas malu2 makan tengahari yang diketuai oleh Salam, aku & adi tolong lah sikit2 dengan meng volunteer basuh cawan. Bobz lak sempat tolong angkat cawan dua round, lepas tu balik tido. Sepanjang kami tolong basuh cawan, ada lah 2 orang awek tu asyik lalu lalang tempat kami lepak, tapi ikut kata adi...toksah harap dapat kami. Kekeke.