Tuesday, March 21, 2006

Rompakan Geng Palembang

Peristiwa bersejarah dalam hidup aku hari ini. Lebih kurang pukul 3 petang tadi Samat (Account Manager) company aku ajak teman dia pegi tunaikan cek RM42 Ribu untuk gaji budak2 technician sementara Bitara Logistic. Kitorang pegi Maybank UEP Subang Jaya (Taipan). Lepas samat cashkan cek tu, aku masukkan duit semua dalam beg galas aku.

Lebih kurang jam 3.15 pm. Aku ngan Samat keluar dari bank, kemudian terus mengala balik ke opis. Tiba2 tayar sebelah belakang kiri kete samat bocor. Kami parking di tepi jalan besar. Aku letakkan beg aku tu di bahagian kaki kerusi depan tempat aku duduk. Aku ngan Samat pun tukar ler tayar tu dengan tayar spare. Masa aku tengah nak buka tayar yang bocor tu, aku ada rasa tak sedap hati sikit. Aku jengah dalam kereta sambil berpikir selamat ker duit tu. Aaaarrghhh takperlah…sekejap jer. Aku sambung buka nat tayar. Lepas tu aku dengar pintu kete kena buka, bila aku jengah, ada mamat mana tah dah tarik beg aku tu melalui pintu sebelah pemandu dan lari dengan menaiki moto bersama dengan sekongkolnya. Samat cuba kejar tapi, moto tu dah pergi jauh. Aku tak dapat camkan no moto sebab ada sebuah kereta Kembara follow rapat dengan belakang moto tu lepas diorang lari. No plet kembara tu pun aku tak dapat nak camkan. Maklumlah, tergamam masa tu.

Aku ngan Samat lepas ganti tayar bocor tu terus pergi Balai Polis USJ 8 buat laporan dan ke Balai Polis SS17 Subang Jaya untuk jumpa pegawai penyiasat.

Lepas tu kitorang balik opis. Tension betul aku. Tapi tak leh nak tunjukkan. Kene simpan dalam hati. Kawan2 pun cuba membantu menceriakan aku. Tapi memek muka memang gembira…tapi hati siapalah yang tahu.

Aaarghhh…detik bersejarah….

Friday, March 17, 2006

Projek dah abih & Paksu

Fuuuh, lega projek Deployment PPSMI Fasa IV dah abih. Walaupun terlajak sikit, tapi masih boleh manage. Projek logistic negeri Perak pun dah abih. Terima kasih kepada semua Team aku yang bersungguh2 kerja siang malam.

Dah seminggu dah rilek nie. Maklumlah cuti sekolah. Kitorang pun cuti gak. Sekarang nie tengah tunggu Projek Maintenance untuk Peralatan yang dah abih warranty dan beberapa projek lagi yang bos kata nak masuk. Hmmm…bagus…boleh aku kurangkan cuti lepas tu bawak ke tahun hadapan. Asyik bawak ketahun depan jer cuti aku…lama2 jadi juara kumpul cuti…

Minggu lepas aku hantar Pak Su dengan anak2 dia balik melaka. Pak Su aku nak berubat kampong, kene plak cuti sekolah, jadi biarlah budak2 tu tinggal kat kampong seminggu. Esok aku balik melaka lagi. Nak bawak anak2 Pak Su balik Klang. Hari isnin nak sekolah.

Tadi Mak Su telefon. Kata Pak Su aku bertambah teruk. Tak boleh nak jalan dah. Menurut kata orang, Pak Su aku kene santau angin dari muda2 dulu. Dah lama dah benda tu dalam badan Pak Su aku rupanya. Sekarang barulah dia menunjukkan kuasa dia. Kata Dr. Kamal kat SJMC plak, cancer hati & tulang Pak Su aku dah main teruk. Hmmm…pening aku nak percaya mana satu. Jadi esok Pak Su aku terpaksa lah tinggal kat kampong lagi untuk teruskan rawatan. Aku bawak Mak Su aku & anak2 dia jer balik Klang. Sian Mak Su aku, nak kene uruskan budak2 tu sorang2. Nak keje lagi….hmmm…

Takperlah Pak Su…sabar lah, adik akan tolong Pak Su sedaya upaya. Kita berserah saja pada Allah. Adik doakan Pak Su beransur pulih dan ceria macam dulu2.