Tuesday, July 21, 2015

New Chapter

Please go to below link to proceed with new chapter :

Friday, July 01, 2011

Honeymoon @ Star Cruises : 25-29 Jun 2011

Honeymoon dimana? Huhu...Star Cruises - Penang - Phuket - Krabi - Penang. 2 Hari 3 Malam.

Setelah lama dirancang dan dikira ongkosnya maka Pakej Star Cruises ini telah dipilih. Pada mulanya merancang nak pegi Gunung Kinabalu, tapi kosnya lebih tinggi daripada naik kapal. Pakej Star Cruises termasuk bilik dan makan. Takyah nak keluar duit lagi. Tapi kalau nak berjudi kenalah duit lain, yang tu tak termasuk dalam pakej.

So dengan ini aku telah berjaya membuat passport international setelah sekian lama memendam rasa. Selepas ini sesiapa yang nak ajak aku pegi luar negara, marilah. Hehe.

Trip ini adalah trip pertama aku secara legal masuk ke Thailand. Dulu masuk thailand jugak tapi guna sampan. Kali ini guna sampan yang berjuta kali ganda besar.

Tak banyak tempat yang aku dapat lawat kat Phuket & Krabi ni sebab masa terlalu singkat. Tapi menarik lah dapat tengok keindahan dan negara orang.

Paling aku kagum kat Phuket & Krabi ini ialah pekan diorang bersih. Mungkin sebab negara diorang adalah negara Pelancongan tetapi sikap inilah yang patut ada pada orang Malaysia untuk menjaga keindahan bandar dan pantai.

Tips untuk sesiapa yang nak belayar bersama Star Cruises, sila bawa pil mabuk laut kalau tak, apa pun tak boleh buat.

Air Asia : Flight to Penang

Penang : Fort Cornwallis

Penang : Taman Kota Lama

Penang : Sepetang di Padang Kota Lama

Penang : Terminal Starcruises

Wow....besarnya kapal

Inilah deck kami

Atas Kapal

Dapat kawan baru : Wan & Ita

Phuket : Terminal Star Cruises

Phuket : Chalong Temple

Phuket : Laem Promthep

Phuket : Karon View Point

Phuket : Big Buddha

Phuket : Makan tengahari Di Thai Naan Restaurant

Phuket : Wang Talang

Phuket : Pusat Produk Makanan Berasaskan Buah Gajus

Phuket : Patong Beach

Krabi : Bot kami dah sampai

Krabi : Naik bot ke Ao-Nang

Krabi : Pelabuhan Ao-Nang

Krabi : Nosey Parker Elephant Trek


Krabi : Naik Gajah


Krabi : Tiger Temple


Krabi : Makan tengahari

Penang : Bukit Bendera

Penang : Masjid Bukit Bendera

Destinasi terakhir : LCCT

Sunday, June 12, 2011

Selamat Pengantin Baru


Selamat Pengantin Baru buat aku Norfa'ezal Bin Haron dan isteriku Nor Azah Binti Jahari. Semoga masjid yang kita bina ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Majlis Menyambut Menantu - 12 Jun 2011

Majlis Menyambut Menantu di rumah aku dilangsungkan pada hari Ahad, 12 Jun 2011 bersamaan 10 Rejab 1432H. Pakaian pengantin ditaja sepenuhnya oleh Nizz Bridal.

Hari yang sama aku menyambut Hari Lahir yang ke 36 tahun. Terima kasih isteriku kerana memberi hadiah yang paling istimewa.

Diiringi oleh Jejaka dan Gadis bunga sekali lagi

Makan Beradat

Upacara Memotong Kek

Saturday, June 11, 2011

Majlis Persandingan - 11 Jun 2011

Majlis Persandingan di rumah Azah dilangsungkan pada hari Sabtu, 11 Jun 2011 bersamaan 9 Rejab 1432H.

Berarak diiringi oleh Gadis dan Jejaka Bunga

Tol Pertama

Tol Kedua

Persembahan Silat oleh Pusaka Gayong

Jemputan untuk Bersanding

Persembahan Zapin oleh Kumpulan Anak-anak Kg. Sinaran Baru

Tol Ketiga

Tol Keempat - Mak Andam

Selamat Disandingkan

Friday, June 10, 2011

Malam Berinai - 10 Jun 2011

Malam berinai di rumah Azah dilangsungkan pada malam hari selepas pernikahan. Pakaian pengantin lelaki ditaja oleh Nizz Bridal dan pakej pakaian pengantin perempuan oleh AZ Saloon & Bridal House.

Hari Pernikahan - 10 Jun 2011

Norfa'ezal Bin Haron dan Nor Azah Binti Jahari telah selamat dinikahkan di Surau Kampung Sinaran Baru, Skudai, Johor pada hari Jumaat, 10 Jun 2011 bersamaan 8 Rejab 1432H, jam 2.36 petang.

Cincin Di sarung Tanda Setuju

Tangan Di cium Tanda Taat